Jumaat, 22 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Polis lakon semula perhimpunan haram

Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT

Polis lakon semula perhimpunan haram KUALA LANGAT – Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia Lapang Sasar Bukit Jugra berhampiran Pusat Latihan Penguat kuasa Selangor (Pulapes), Banting, di sini, mengadakan satu perhimpunan olok-olok, semalam.

Menurut sumber, perhimpunan itu dilakukan untuk menilai dan menguji sejauh mana kesan penggunaan gas pemedih mata dan meriam air bagi mengawal perhimpunan haram.

Kira-kira 200 anggota Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat dan mereka menggunakan sebuah jentera penyembur air.

Demonstrasi semburan itu dimulakan kira-kira jam 10 pagi dan berakhir dua jam kemudian.

Tinjauan di kawasan terbabit mendapati, kira-kira 20 anggota forensik turut kelihatan di lapang sasar berkenaan.

Difahamkan, beberapa orang pemantau terdiri daripada doktor, peguam dan ahli kimia turut berada di situ.

Petugas media dilarang masuk di kawasan lapang sasar tersebut dan hanya berada kira-kira 100 meter dari lokasi, bagaimanapun kesan gas pemedih mata masih dirasai apabila mata mula berair.

Semalam, akhbar melaporkan, sumber berkata, perhimpunan olok-olok membabitkan sebahagian besar anggota dan pegawai polis serta FRU yang bertugas ketika hari kejadian, diadakan bagi mendapat gambaran sebenar kesan gas pemedih mata dan meriam air terhadap orang awam.

Katanya, perhimpunan olok-olok dan prosedur ketika perhimpunan haram itu perlu dikaji kerana banyak dakwaan mengatakan polis bertindak ganas, zalim dan mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap peserta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penjara zon larangan merokok

Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT

Penjara zon larangan merokok SUNGAI UDANG – Jabatan Penjara Malaysia, diwartakan sebagai zon larangan merokok berkuat kuasa semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wira Zulkifli Omar berkata, sebagai permulaan, tiga penjara di Melaka iaitu Penjara Sungai Udang, Dusun Dato' Murad dan Sekolah Henry Gurney dikuat kuasa sebagai zon larangan

Menurutnya, usaha itu diteruskan secara berperingkat di semua penjara seluruh negara dijangka sehingga ke penghujung tahun ini.

"Ia adalah persediaan buat Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya bagi mengatasi masalah cubaan seludupan barang larangan ke tempat tahanan.

"Pada 1990, larangan merokok dikuatkuasakan di penjara dengan tidak membenarkan banduan merokok. Bagaimanapun adanya tembakau dan api mendorong mereka untuk menghisap dadah," katanya selepas merasmikan Majlis Kempen Berhenti Merokok di Kompleks Penjara Sungai Udang, semalam.

Zulkifli berkata, pewartaan itu bukan terhad kepada banduan sahaja, tetapi kakitangan penjara turut tidak dibenarkan merokok.

"Usaha ini sebagai langkah berkesan mencapai sasaran berhenti merokok, khasnya banduan sekiranya kembali ke pangkuan masyarakat selepas menjalani pemulihan di penjara.

"Pada abad ke-21, adalah diramalkan bahawa, satu bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved