Jumaat, 22 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pengusaha bas pening kepala

Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pengusaha bas pening kepala IPOH - Pengusaha bas ekspres Terminal Bas Ekspres Medan Gopeng kecoh lagi apabila dikhabarkan premis mereka akan disita dan berpindah ke bahagian atas Kompleks Silveritage milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).

Hashim Abdul Rahman, 60, mendakwa, pihak pengusaha bas menerima arahan daripada PKNPk beberapa kaunter di aras bawah akan disita dan dilakukan lelongan pada hari ini (semalam) serta mereka perlu mengosongkan kaunter serta merta.

Menurutnya, tindakan berkenaan sama sekali bercanggah dengan apa yang telah diperkatakan sebelum ini oleh pihak PKNPk ketika menyita pejabat pengurusan terminal, Ekspres Variety Sdn Bhd (EVSB).

"Mereka menyatakan sebelum ini memang tidak terdapat apa-apa perintah terhadap pengusaha bas ketika mereka sita EVSB namun kini mereka hantar pula surat minta kami kosongkan premis kami pada 21 Julai.

"Apa sebenarnya yang PKNPk mahukan daripada kami hingga seolah-olah tidak memikirkan nasib dan tindakan mereka nyata akan merugikan banyak pihak," katanya.

Sinar Harian 19 April lalu menyiarkan keluhan pengusaha yang enggan berpindah ke bahagian atas Terminal Bas Ekspres Medan Gopeng dan mahu dikekalkan di bahagian bawah yang didakwa lebih selesa serta memudahkan pengguna selain pelbagai kemudahan telah disediakan di bahagian bawah.

3 Mei lalu pengusaha bas ekspres Terminal Bas Ekspres Medan Gopeng kecoh seketika apabila dikhabarkan premis mereka akan disita dan pada 26 April, lebih 21 pengusaha bas berpiket secara aman di hadapan bangunan PKNPk setelah rundingan mereka dengan PKNPk gagal dalam mendapatkan kata putus.

Hashim berkata, pengusaha bas hanya mahu mereka kekal di aras bawah memandangkan mereka sudah selesa mengendalikan perniagaan malah tidak timbul sebarang masalah sejak beroperasi pada 2003 yang lalu.

"Kami merasakan tidak ada keperluan untuk berpindah dan mesej yang kami cuba sampaikan amat mudah memandangkan kami melihat tiada kewajaran untuk berpindah.

"Kenapa kami perlu menanggung masalah dan kenapa mereka tidak pernah berbincang dengan kami," katanya.

Katanya, lebih mengecewakan, tidak ada wakil daripada kerajaan negeri yang turun padang dan menyelesaikan masalah pengusaha yang terdiri daripada orang Melayu.

"Mana wakil rakyat, Exco kerajaan ataupun wakil jabatan yang membela kami para peniaga Melayu di sini, tidak ada satu pun yang datang untuk dengar masalah kami dan yang memberi kami sokongan hanyalah Gabungan Melayu Perak (GMP).

"Kami bukan minta subsidi, minta bantuan kewangan, tetapi kami hanya mahu pihak Kerajaan Negeri prihatin dengan masalah kami serta kami hanya mahu menjalankan perniagaan di aras bawah, itu sahaja," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved