Jumaat, 22 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Derita ‘wasiat’ hutang anak

Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT

Derita 'wasiat' hutang anak KUALA LUMPUR – Di kala usianya menjangkau hampir 80 tahun, dia sepatutnya sudah boleh bergembira bersama anak dan cucu, namun seorang warga emas mendakwa terseksa dan hidup dalam ketakutan apabila terpaksa melunaskan 'wasiat' hutang ah long yang ditinggalkan arwah anaknya.

Lebih kejam lagi, dia terpaksa mengemis wang saraan sendiri daripada lintah darat terbabit berikutan buku akaun banknya dipegang oleh mereka.

Bapa berkenaan, Mohd Yusof Jantan, 78, mendakwa, dia tidak mengetahui arwah anaknya menggunakan namanya sebagai penjamin sehinggalah anaknya itu meninggal dunia empat tahun lalu.

"Selepas kira-kira sebulan anak sulung meninggal dunia, saya terima surat daripada ceti haram minta saya menjelaskan bayaran bunga sebanyak RM450 sebulan. Bimbang dipengapakan, saya hanya menurut perintah dan membayar jumlah itu menggunakan hampir separuh daripada wang pencen yang diterima setiap bulan.

"Saya terus buat pembayaran kerana tidak mahu arwah anak terseksa di dalam kubur," katanya yang kini terlantar di sebuah hospital di ibu negara akibat menghidap beberapa penyakit termasuk kanser prostat, jantung dan pendarahan di saluran pencernaan.

Mohd Yusof berkata, dia dimaklumkan anaknya membuat pinjaman sebanyak RM3,000, namun tidak diketahui untuk tujuan apa.

"Seingat saya, anak pernah meminta nombor MyKad, namun ketika itu saya tidak memikirkan ia digunakan untuk membuat pinjaman kepada lintah darat.

"Sekarang saya menderita dan sudah membayar lebih RM20,000 bunga kepada geng ah long itu, namun ia tidak akan berakhir selagi wang pinjaman sebanyak RM3,000 tidak diselesaikan kesemuanya sekali gus," katanya yang turut menyara 13 lagi ahli keluarga lain termasuk anak dan cucu dengan baki wang pencen sebanyak RM550.

Menurutnya, apa yang menyebabkan dia tertekan, setiap bulan isterinya terpaksa menghadap kumpulan ceti untuk mengambil buku akaun bagi mengeluarkan wang.

"Mereka pegang buku akaun sebagai jaminan kami bayar hutang setiap bulan.

"Pejabat ah long itu di Banting, isteri kini jaga saya di hospital di Kuala Lumpur, setiap kali wang pencen keluar, dia terpaksa pulang ke Banting ambil buku bank, bawanya kembali ke Kuala Lumpur untuk mengeluarkan wang kerana saya perlu keluar dari hospital bagi berikan cop jari.

"Selesai pengeluaran, isteri terpaksa ke Banting semula buat pembayaran kerana jika terlebih masa, geng ah long akan mencarinya sehingga ke rumah yang kini didiami anak dan cucu," katanya dia pernah diugut beberapa kali apabila terlewat beberapa hari membuat pembayaran.

Justeru, warga emas terbabit memohon simpati pihak berkenaan bagi mengakhiri derita yang ditanggungnya selama ini seterusnya membolehkan dia hidup dalam keadaan tenteram daripada gangguan ah long.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved