Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Polis tahan lelaki, rampas dadah disyaki heroin Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT Polis tahan lelaki, rampas dadah disyaki heroin KLUANG - Polis menahan seorang lelaki dan merampas enam paket plastik lut sinar dadah disyaki heroin selepas menyerbu sebuah rumah di Jalan Kampung Paya, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Fawzi Arshad, berkata lelaki tempatan berumur 52 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, kira-kira 2.30 petang selepas bertindak atas maklumat pengedaran dadah. Menurutnya, enam paket plastik lut sinar berisi dadah disyaki heroin seberat 33.6 gram itu ditemui di dalam lipatan kertas surat khabar di dalam genggaman tangan kanan lelaki berkenaan ketika polis membuat pemeriksaan pada tubuh badannya. "Suspek kini direman sehingga 28 Julai depan dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, hari ini. Dalam kes berasingan, Mohd Fawzi berkata pihaknya juga turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 43 tahun dan merampas sejumlah dadah disyaki heroin dan syabu daripadanya di sebuah rumah di Taman Ria, Kahang, tiga hari lepas. Menurutnya, lelaki yang sudah berkahwin tetapi tidak bekerja itu ditahan pada 12.10 tengah hari, hasil maklumat orang awam. "Hasil pemeriksaan di dalam rumah menemui sebotol plastik lut sinar berisi dadah disyaki heroin seberat 13.9 gram, sembilan paket plastik lut sinar berisi dadah disyaki heroin seberat lima gram dan 14 paket plastik lut sinar berisi dadah disyaki syabu seberat 3.7 gram yang diletakkan di atas sebuah meja. "Lelaki itu menerusi soal siasat yang dilakukan memberitahu dadah berkenaan dibeli dari seorang lelaki yang dikenali sebagai ''Laga'' di Johor Baharu dengan harga RM2,000," katanya. Beliau berkata, suspek yang mempunyai tiga rekod berkaitan dadah kini direman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Bakal PM hanya tinggal dua orang? Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT Bakal PM hanya tinggal dua orang? Siapa yang paling dipercayai oleh rakyat untuk memimpin negara ini selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 nanti? Apakah kriteria penting yang bakal diperhatikan oleh majoriti rakyat sebelum mereka membuat keputusan siapa yang bakal mereka beri mandat? Banyak kriteria penting yang harus difikirkan secara serius dan rasional oleh seluruh rakyat sebelum membuat pilihan. Hanya sikap serius dan rasional saja yang akan membolehkan rakyat membuat pilihan yang tepat. Apa juga keputusan dan tindakan yang dilakukan secara emosional di dalam apa juga urusan pasti akan memberi hasil yang tidak baik. Dilema inilah yang sedang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat hari ini. Rakyat sedang berperang dengan pemikiran sendiri. Pemikiran rakyat tercemar disebabkan lambakan maklumat yang tidak bertapis. Maklumat benar, separuh benar dan maklumat palsu datang bertali-arus dan bercampur-baur pada waktu yang sama. Terlalu banyak pihak tidak bertanggungjawab dengan agenda masing-masing mencampakkan maklumat palsu, fitnah dan dusta. Jika pemikiran rakyat sudah tidak rasional adalah dikhuatiri rakyat akan membuat keputusan berdasarkan kebencian dan prasangka buruk yang terbit hasil dari maklumat palsu dan separuh benar yang diperolehi dari laman web dan blog yang tidak ada krdebiliti langsung. Jika maklumat yang dilambakkan secara tidak bertanggungjawab ini menjadi sumber rujukan rakyat dan diterima sebagai sesuatu yang benar, maka episod malang buat negara berkemungkinan besar akan benar-benar terjadi. Jika majoriti rakyat menggunakan emosi dalam setiap percaturannya, tidak mustahil Barisan Nasional akan tumbang pada PRU-13 akan datang. Emosi inilah yang akan mengangkat segala berita palsu, fitnah dan pembohongan dari tahap sampah naik hingga ke tahap wahyu yang wajib dipercayai. Sekarang cubalah nilai dan amat-amati dengan mengunakan akal yang suci dan waras tanpa mencampur-adukannya dengan sentimen parti, kebencian dan sikap prejudis. Apa, siapa dan bagaimana sebenarnya kepimpinan yang kita mahukan? Apa corak dan jenis kerajaan yang kita mahu? Apakah sudah pasti dan terbukti corak dan jenis kerajaan yang kita impikan itu. Apakah pasti kerajaan yang kita impikan itu akan memberi faedah yang lebih baik kepada rakyat dari apa yang telah kita perolehi? Bersyukur dengan apa yang ada adalah lebih dituntut oleh Allah dari sifat keluh kesah dengan apa yang Allah sudah diqadarkan oleh Allah setakat ini. Siapakah kalangan bijak pandai mahu menafikan bahawa Allah murka dengan golongan yang sentiasa berkeluh-kesah? Perbilangan, "Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran" adalah lebih mudah difahami untuk mengkaji maksud ini. Siapa pula yang paling layak untuk dipercayai, setakat pemimpin yang ada hari ini untuk diletakkan sebagai Perdana Menteri dan memimpin negara? Haji Hadi? Anwar Ibrahim? Atau Najib? Lim Kit Siang tidak mungkin kerana tiada mana-mana pemimpin cina pun yang akan sanggup menerima jika ditawarkan menduduki kerusi Perdana Menteri pada kedudukan hari ini. Pandang dan suluhlah wajah ke tiga-tiga pemimpin melayu ini dengan mata hati yang ikhlas dan jujur. Demi agama, bangsa dan negara, apakah pilihan yang ada pada kita selain dari muka-muka yang di atas? Melainkan parlimen membuat "unprecedented move" memilih kalangan Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen untuk memilih selain dari wajah tiga pemimpin melayu ini untuk menjadi Perdana Menteri, maka akan diperolehilah oleh rakyat Malaysia PM selain dari mereka. Kajilah dari segenap sudut akan kelebihan, kekangan dan kelemahan kalangan yang tiga ini kerana parti-parti yang bertanding nanti hanya akan menawarkan 2 dari 3 pemimpin melayu ini untuk menduduki kerusi Perdana Menteri. Yang seorang lagi bergantung kepada mahkamah yang bakal memutuskan kes bela dirinya. Jika didapati bersalah, maka pilihan kepada rakyat hanya kepada Haji.Hadi dan Najib?
|
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan