Jumaat, 22 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Mesej revolusi yang tidak menjadi

Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT

Revolusi yang tidak menjadi dua minggu lalu meninggalkan banyak kesan negatif terhadap rakyat jelata termasuk peniaga sekitar Kuala Lumpur yang kerugian ratusan juta ringgit, pemandu teksi yang hilang mata pencarian beberapa hari, pekerja industri pelancongan, serta pelawat asing dan orang ramai yang terganggu kehidupan seharian mereka.

Malah seorang ibu melahirkan rasa geram mahu menumbuk muka Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana perhimpunan haram tersebut telah menjejaskan majlis perkahwinan anaknya. Ibu ini cukup marah selain mengalami kerugian dan malu besar.

Rakyat terbanyak memang marah dengan tindakan penganjur dan para pengacau dalam Bersih. Walaupun pihak pembangkang dan beberapa ribu kaki protes yang terlibat mengisytiharkan 'kejayaan' perhimpunan haram itu, namun kesan buruk yang ditinggalkan sangat nyata. Kemarahan rakyat seluruh negara bermakna mereka tidak boleh percaya lagi kepada pihak pembangkang yang mementingkan huru-hara daripada keamanan dan kestabilan.

Daripada perbualan saya dengan orang ramai mengenai kesan revolusi yang tidak menjadi itu, timbul lapan mesej utama. Pertama, pembangkang mengguna cara tidak demokratik untuk menegakkan demokrasi. Mahu menegakkan satu prinsip demokrasi iaitu pilihan raya yang bersih tetapi dengan cara berdemonstrasi haram. Satu anomali, bukan?

Kedua, wakil rakyat pembangkang gagal memainkan peranan mereka di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri. Pengundi memberi amanat kepada mereka dengan memilih sebagai wakil rakyat tetapi mereka lebih gemar guna saluran di luar Parlimen atau DUN. Sia-sia menjadi wakil rakyat.

Ketiga, melanggar undang-undang secara terang-terangan dan tidak peduli larangan polis. Pemimpin pembangkang degil dan tidak sivil. Mereka mengajar pengikut bertindak liar luar batasan. Mahu ajar rakyat jadi kurang ajar dan pelampaukah?

Keempat, mereka lebih suka berstatus haram. Jika benar mereka pro-demokrasi, mengapa tidak daftar Bersih sebagai sebuah pertubuhan secara sah?

Kelima, ingin memaksa Kerajaan mendengar dan menerima pandangan suara minoriti dan membelakangkan suara majoriti. Berapa ramai yang diwakili Bersih – 10,000 atau 100,000 atau 300,000 orang? Yang menentang dan tidak bersetuju dengan Bersih ialah majoriti rakyat Malaysia – puluhan jutaan bilangannya. Jadi, bagaimana Bersih hendak pihak lain tunduk kepada tuntutan mereka? Tidakkah mereka mendengar tuntutan jutaan orang lain yang tidak bersetuju? Kenapa mereka mahu mendengar suara majoriti dan bersikap tidak demokratik berkaitan hal ini?

Keenam, meminta polis dan kerajaan mohon maaf atas tindakan salah mereka. Logikkah ini? Sakit leher, sakit belakang atau cedera akibat terbabit dalam kegiatan haram adalah tanggungjawab sendiri. Kena pakai sokongan leher, berkain pelekat atau berkerusi roda dianggap collateral damage. Bolehkah seorang penyeludup, perompak, peragut atau penunggang motor haram desak polis minta maaf kerana mereka cedera semasa polis menjalankan operasi?

Ketujuh, apabila dituntut mendedahkan sokongan asing khususnya dana dari pihak luar, kenapa penganjur Bersih terus diam? Kenapa dalam hal ini, mereka tidak mahu bersikap jujur dan bersih?

Jelas, mereka tidak menghormati rakyat yang mengundi mereka dalam pilihan raya lalu. Rakyat pilih untuk mewakili mereka dalam Parlimen DUN dan berjuang ikut saluran demokrasi. Jika jalan lain yang dipiih, sama ada revolusi atau demonstrasi besar-besaran, itu bukan demokrasi namanya. Itu kerja anarkis.

Pemimpin Pas termasuk Nik Aziz Nik Mat dan Haji Hadi Awang memberi rasional agama terhadap perhimpunan haram itu, kononnya ia juga berlaku dalam sejarah Islam. Demonstrasi dianggap baik kerana dapat menyuarakan hasrat rakyat. Jika begitu, elok sangatlah dianjurkan pesta demonstrasi besar-besaran secara mingguan di Kota Bharu, Pulau Pinang dan Alor Setar. Ini mesej kelapan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mengapa orang putih tidak suka kuih kita

Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kelmarin, selepas tengok wayang di Cineleisure, Mutiara Damansara, saya bersama isteri ke restoran Popeye@Louisiana Kitchen.

Sambil gigit paha ayam - entah mengapa tiba-tiba saya teringat Fara Fauzana - saya terfikir, sudah banyak restoran makanan segera dari luar masuk ke negara kita. Yang jual ayam goreng saja, sejak lama dulu ada KFC dari Kentucky, sekarang Popeye dari Louisiana. Saya pun tidak tahu Popeye sekarang jual ayam goreng kerana selama ini, saya sangka dia hanya makan bayam.

Kenny Rogers pula jual ayam panggang ala country yang saya agak, mungkin ala kampung. Agak-agaknya kalaulah hidangan kampung kita - jeruk maman atau ulam jering yang heboh dikaitkan dengan isu 'kapit' - dijual kepada orang putih, laku atau tidak?

Itu dari Amerika, yang dari negara jiran pun banyak. Selain ayam penyet dan ayam bakar Wong Solo, sudah lama kita ada ais bandung dan mi bandung. Jika ke Thailand, mintalah nasi goreng pattaya, ada atau tidak?

Berhenti seketika gigit paha ayam Fafau... oppps! Popeye, saya tanya isteri soalan yang saya tahu dia tak mampu jawab: "Agak-agaknya bila Sekinchan Ikan Bakar akan buka di New York?" Ya, sudah terlalu banyak jenama luar kita biar masuk walhal amat sukar bagi jenama kita untuk ke luar negara.

Sate Kajang Haji Samuri sudah berpuluh tahun masyhur di negara kita. Bukan Haji Samuri sahaja, dan bukan di Kajang sahaja, di Rawang, Sungai Buloh, di Hulu Klang malah di Kedah, pun ramai yang tumpang nama sate Kajang meskipun lembu, kambing atau ayam yang dibikin sate tiada pun asal-usulnya dari Kajang. Tapi Sate Kajang Haji Samuri belum juga ke luar negara!

Jika peniaga dari Kentucky dan Louisiana sudah mampu menerbangkan ayam mereka ke serata dunia, termasuk Malaysia, mengapa orang kita tak boleh?

Habis paha ayam saya gigit, saya ceduk pula jagung bermajerin yang sangat enak rasanya untuk menambah kolesterol dalam badan sambil tertanya-tanya, jagung itu dari Amerika atau dari kebun Cina di Kampung Baru Kundang?

Apakah masalah bahasa jadi punca makanan kita tidak diterima orang luar?

Katakan kita mahu hantar kuih-muih kita ke Eropah atau Amerika, pada bungkusan produk, dalam bahasa apa kita mahu tulis nama kuih itu?

Jika kita guna bahasa Inggeris bagi cucur badak, apakah kita boleh tulis 'fried rhino'? 'Jump and stab' bagi lompat tikam, 'ducks' shit' (tahi itik), 'elephants' ear' (telinga gajah atau kuih tiram) dan 'soaking hippo' (badak berendam)?

Kastam di sana tentu garu kepala dan menyangka kita hantar barang larangan. Ini juga pasti akan menebalkan lagi prasangka konon kita bangsa Asia yang beragama Islam ini orangnya ganas lagi pengotor. Itu belum lagi batang buruk.

Jika semua nama kuih seindah 'bathing princess' (puteri mandi), tak mengapalah tetapi mungkin pula kita dianggap pelucah.

Di kampung saya, Mahang, Kedah, cukup masyhur kuih yang kami panggil cucur balak. Bayangkan jika pada kotak itu kita tulis 'fried timber'. Mungkin akan ada yang sangka kita daripada keturunan gergasi pemakan pokok.

Seorang kawan saya penjual apam balik di tengah-tengah Kuala Lumpur boleh mengiakan bahawa masalah bahasa punca makanan kita sukar diterima oleh orang putih.

Suatu hari, gerai kawan saya itu didatangi sepasang pelancong asing yang bertanya akan nama kuih itu. Dia yang bahasa Inggerisnya pun ala-ala, langsung menjawab: "'Go back' apam!"

Sambil berkata "sorry", pasangan itu segera berlalu dengan wajah yang ketakutan!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved