Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 22 Jul 2011 05:00 PM PDT Rempuhan treler, dua maut
SEREMBAN – Nahas rempuhan sebuah treler membawa muatan gelung besi ke atas sebuah treler yang membawa lapan kereta Proton di Kilometer 264.6 Lebuh Raya Utara - Selatan, semalam mengorbankan dua nyawa.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Mangsa, pemandu treler membawa gelung besi, M Mayandi, 39, bersama kelindannya, Ravi, 23, kerana cedera parah di kepala dan badan. Pemandu dan kelindan sebuah lagi treler selamat, bagaimanapun, lapan kenderaan masih baru yang dibawa treler berkenaan remuk teruk akibat rempuhan. Menurut jurucakap polis, kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi semalam, ketika treler membawa semua kereta, Proton itu sedang berhenti di lorong kecemasan. Bagaimanapun, dirempuh dari belakang oleh treler membawa muatan gelung besi dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Simpang Renggam. Menurutnya, pemandu treler itu mungkin mengantuk dan tidak menyedari sebuah treler berada dalam lorong kecemasan. "Pelanggaran itu menyebabkan treler dinaiki mangsa menjunam ke dalam parit tepi jalan selepas dipercayai berlaku pergeseran. "Pemandu treler berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit, manakala kelindannya pula tercampak keluar (juga mati)," katanya kepada pemberita, di sini, semalam. "Punca kemalangan masih dalam siasatan, bagaimanapun mungkin pemandu treler berkenaan mengantuk disebabkan melalui perjalanan yang lama," katanya. Sementara itu, kelindan treler, Mohd Izad Mohd Tap, 25, berkata, mereka dalam perjalanan ke Segamat tetapi terpaksa berhenti di lorong kecemasan selepas salah satu tayar treler pecah. Dalam pada itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Beliau berkata, setakat ini polis masih menyiasat kejadian itu. |
Posted: 22 Jul 2011 05:00 PM PDT Bayi maut tercampak
GUA MUSANG - Kegembiraan menyambut cahaya mata pertama berubah menjadi tragedi air mata bagi pasangan suami isteri selepas bayi yang didambakan selama ini maut akibat tercampak keluar dari van dalam kemalangan ngeri di Kampung Sungai Lakit, di sini petang semalam.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Perasaan pilu pastinya terkesan bagi Mohd Sazwadi Sidik, 23, dan Nur Alilidiana Mazlan, 20, kerana anak yang disayangi, Siti Nur Sazlina Mohd Sazwadi maut setelah berusia 50 hari. Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 petang, ketika pasangan berkenaan bersama bayi mereka dan empat lagi ahli keluarga lain dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang. Penolong Kanan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Ariff Yusoff berkata, van jenis Mazda yang dinaiki tujuh orang termasuk mangsa bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Wira dinaiki dua lelaki tidak dikenal pasti. Akibat bertembung van yang dipandu Mohd Sazwadi terbabas ke dalam parit dan bayi itu tercampak keluar. Selain ibu bapa bayi malang itu tercedera, mangsa lain turut mengalami kecederaan, ibu Nur Alilidiana, Hartini Ibrahim (nenek mangsa), 39, Piza, 19, Khairudin, 17 dan Wafinuddin, 4. Ariff berkata, bomba menerima panggilan kira-kira jam 7.32 malam dan bergegas ke tempat kejadian lebih kurang 67 kilometer dengan sebuah jentera bersama sembilan anggota. "Kita mengambil masa 25 minit mengeluarkan kaki pemandu tersepit pada brek kereta Wira berkenaan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan