Sabtu, 23 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

ODS tekad bina hidup baru

Posted: 22 Jul 2011 05:00 PM PDT

ODS tekad bina hidup baru Hukuman memeritkan yang dilalui semasa berada di penjara menjadi pengajaran kepada 200 penghuni Pusat Pemulihan Kemasyarakatan (PPK) Kem Batu 10 supaya tidak mengulangi kesilapan lalu yang nyaris menjerut leher sendiri.

Peluang kedua yang diberikan mengajar mereka erti kebebasan lantas kesilapan silam menjadi titik sempadan kepada sebuah kehidupan baru yang bakal mereka lalui selepas tamat hukuman.

Di ambang kebebasan yang bakal tiba tidak lama lagi digunakan sepenuhnya penghuni pusat terbabit yang dipanggil Orang diselia (ODS) untuk mempersiapkan diri sebelum kembali ke dunia yang pernah mereka tinggalkan.

Pengalaman lalu itu bakal menjadi sejarah dalam kehidupan ODS ini kerana mereka ibarat akan 'dilahirkan semula' dengan semangat dan azam baru untuk menjadi insan berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

PPK kelima yang baru dibuka di sini kira-kira seminggu lalu menjadi platform terakhir ODS terbabit sebelum mereka kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Walaupun masih menjalani hukuman penjara, kehidupan ODS di PPK itu lebih terbuka dan agak bebas walaupun mereka sentiasa diawasi kakitangan penjara dan tentera.

Di situ mereka menjalani sesi Program Pembangunan Insan (PPI) yang mencakupi modul muhasabah diri, pengurusan diri, kenegaraan, kekeluargaan, kemasyarakatan, kerjaya, kerohanian dan kebudayaan.

Beruntung terpilih sebagai penghuni PPK

Salah seorang ODS, Azmi, 46 (bukan nama sebenar) dari Selayang, Kuala Lumpur mengakui dia beruntung kerana terpilih untuk menjadi penghuni PPK Kem Batu 10 selepas hampir empat tahun meringkuk di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Menurutnya, dia benar-benar insaf dan berjanji kepada diri serta keluarga tidak akan terjebak dengan dadah sama ada sebagai penagih atau pengedar seperti yang dilalui enam tahun lalu.

"Cukuplah hukuman yang saya tanggung selama ini, "kata bapa kepada dua anak itu.

Padah sikap tamak

Dia yang turut dihukum dengan 10 sebatan (selesai menjalani hukuman) mengakui segala yang dilaluinya itu akibat daripada sikap tamak dan ingin cepat kaya.

"Dulu saya buka kedai cuci kereta dengan pendapatan tidak seberapa. Saya cemburu melihat rakan-rakan yang berjaya dalam perniagaan masing-masing.

"Sebagai seorang penagih dadah (ketika itu) saya mengambil keputusan untuk menjadi pengedar dan percaturan kegiatan haram itu menjadi apabila setiap bulan saya mampu mendapat keuntungan lebih RM20,000," katanya.

Akhirnya terjerat

Dia berkata, sepandai-pandai tumpat melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitu juga dengan nasibnya apabila dia akhirnya ditangkap polis dan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan di bawah Seksyen 39B ADB 1952 kerana mengedar dadah.

"Ketika itu saya mula terbayang pengakhiran kehidupan saya di tali gantung namun saya diberi peluang atas tuduhan pilihan mengikut Seksyen 39A (2) ADB 1952 sebelum dihukum penjara lapan tahun serta 10 sebatan pada tahun 2007," katanya yang dijangka dibebaskan November 2012.

Menurutnya, berada di PPK jauh berbeza dengan penjara. Di situ dia dan ODS yang lain berpeluang menerima kunjungan keluarga setiap minggu.

"Kehidupan kami di sini agak bebas (dengan pengawasan) dan lebih terbuka malah banyak aktiviti harian berlaku di kawasan luar (sekitar kem)," katanya.

PPK lebih selesa berbanding penjara

Bagi Siva, 40 (bukan nama sebenar) dia juga lebih selesa tinggal di PPK berbanding berada di penjara sementara dibebaskan jangkaan dalam tempoh 14 bulan lagi.

"Di sini saya dan rakan-rakan mengikuti PPI dan kelas motivasi selain berpeluang mendekati masyarakat luar melalui tugasan harian.

"Saya akan menggunakan kesempatan sepanjang berada di situ untuk membaiki diri sebelum kembali kepada keluarga dan masyarakat," katanya yang sudah lima kali keluar masuk penjara termasuk yang terakhir di Penjara Taiping, Perak.

Dia mempunyai isteri dan dua anak berusia 8 dan 17 tahun berharap masyarakat akan menerimanya kembali dan dia bertekad untuk mencari kerja untuk menyara keluarga.

Hukum ajar erti kebebasan dan kehidupan

Sementara itu, bagi bekas tukang siling kapur, Ah Bong, 48 berkata, hukuman penjara banyak mengajarnya harga sebuah kebebasan dan erti kehidupan.

Dia sedar kesilapan yang dilalui dahulu bukan sahaja menyusahkan dirinya malah semua ahli keluarga turut menderita setelah dia dihukum penjara 8 tahun serta 12 sebatan pada 2007 atas kesalahan mengedar dadah.

"Saya nyaris dihukum gantung bagaimanapun kesalahan itu diringankan kepada Seksyen 39A(2). Saat itu baru saya sedar, wang bukan segala-galanya malah kerana wang juga saya terpaksa meringkuk dalam penjara," katanya yang bakal bebas 13 bulan lagi.

ODS dari lima penjara seluruh negara

Timbalan Komandan PPK Kem Batu 10, Inspektor Penjara Kamaruzaman Ghazali berkata, semua ODS di sini datang dari beberapa buah penjara termasuk Penjara Penor, Penjara Pengkalan Chepa, Penjara Sungai Udang, Penjara Taping dan Penjara Jawi, Pulau Pinang.

Menurutnya, ODS seramai 200 orang itu adalah penghuni pertama masuk ke PPK itu yang dibuka kira-kira seminggu lalu dan akan dirasmikan hari ini.

"PPK ini diawasi kakitangan penjara (dalam kawasan) dan pihak tentera (luar kawasan) sepanjang masa dan jadual harian ODS di sini diatur dengan pelbagai aktiviti namun agak bebas dan terbuka berbanding di penjara," katanya.

Dikendalikan 32 kakitangan penjara dan 50 tentera

Beliau berkata PPK Kem Batu 10 dikendalikan 32 kakitangan penjara termasuk dua pegawai selain 50 anggota tentera dari kem itu.

"Secara nisbahnya setiap lapan ODS akan dijaga dua pegawai dari penjara dan tentera.

"Skop penugasan harian mereka di sini lebih kepada tugas-tugas am termasuk bersih longkang, landskap, potong rumput dan khidmat komuniti dalam kawasan tidak lebih 41 kilometer dari pusat ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved