Sabtu, 23 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Senarai barang kawalan ditambah

Posted: 22 Jul 2011 05:00 PM PDT

Senarai barang kawalan ditambah PUTRAJAYA - Kerajaan akan menambah jenis barangan keperluan yang akan diletakkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, dari semasa ke semasa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, senarai itu akan ditambah daripada 35 jenis barangan dipantau secara keseluruhan oleh kementerian itu.

"Ia tidak terhad kepada 35 jenis barangan diletakkan di bawah akta terbabit seperti diumumkan semalam," katanya kepada media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 35 jenis barangan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga.

Ismail Sabri berkata, pemilihan barangan itu berdasarkan penggunaan setiap hari oleh pengguna dalam kategori berpendapatan rendah dan sederhana yang lebih terjejas setiap kali berlaku kenaikan harga barang.

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 ini adalah akta yang dapat melindungi pengguna daripada peniaga yang menjual barang dengan harga tinggi dan tidak munasabah, dengan tujuan mengaut keuntungan berlebih-lebihan.

Semua 35 jenis barangan itu terletak di bawah tujuh kategori, ayam dan telur; daging; barang berbungkus tin; barang kering; sayur-sayuran; hasil laut; dan buah-buahan.

Menurutnya, kelapa juga akan dimasukkan sebagai antara jenis barangan diletakkan di bawah akta itu pada masa akan datang berikutan peningkatan harga bahan terbabit di pasaran dunia.

"Kita terpaksa mengimport 300 juta kelapa setahun dari Indonesia di mana negara itu kini menaikkan harga berikutan permintaan yang mula meningkat dari Thailand," katanya.

Menurutnya, Malaysia mengeluarkan 400 juta biji kelapa setahun dan tidak dapat memenuhi permintaan yang hampir sekali ganda itu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

SKMM siasat The Malaysian Insider

Posted: 22 Jul 2011 05:00 PM PDT

SKMM siasat The Malaysian Insider

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan penyiasatan terhadap portal berita The Malaysian Insider untuk menentukan kesahihan foto kononnya diambil ketika Perhimpunan Bersih 2.0, pada 9 Julai 2011.

Sebarang tindakan akan diambil selepas penyiasatan dijalankan.

Mengenai SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia.

SKMM mengawal selia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, dan perkhidmatan Internet, pos dan pensijilan digital.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved