SH |
Posted: 22 Jul 2011 05:00 PM PDT Rompak dalam 5 minit JOHOR BAHRU – Tiga perompak bertopeng bersenjatakan pistol, tukul dan rotan hanya memerlukan masa lima minit untuk melarikan empat dulang emas dalam satu kejadian rompakan kedai emas di sebuah pasar raya di Nusa Bestari, di sini, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Nusajaya, Deputi Superintendan Razak Md Said berkata, tiga suspek bertopeng terbabit yang masuk ke tingkat satu pusat membeli belah berkenaan menggunakan laluan pekerja dipercayai melakukan rompakan menggunakan pistol palsu. "Penjenayah sempat melarikan empat dulang barang kemas yang dianggarkan bernilai RM20,000 hingga RM30,000 dalam tempoh lima minit, di mana seorang lagi penjenayah sedang menunggu di luar bangunan pusat membeli belah berkenaan. "Kesemua suspek dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira, yang turut ditemui terbakar di Plaza Tol Perling menghala ke Gelang Patah tidak lama sejurus selepas kejadian," katanya. Razak berkata, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Katanya, premis terbabit tidak mempunyai pengawal keselamatan, malah turut menasihatkan pemilik kedai emas supaya mengambil khidmat pengawal keselamatan walaupun kedai mereka ditempatkan dalam pusat beli belah yang menawarkan perkhidmatan itu. Sementara itu, seorang pekerja kedai emas itu yang bimbang dengan keselamatan diri sendiri bertindak lari menyelamatkan diri apabila premis tempat kerjanya diserbu masuk perompak terbabit. Pekerja terbabit yang mahu dikenali sebagai Ah Song, 23, berkata, kedai emas itu dimasuki tiga lelaki bertopeng sebelum salah seorang daripadanya menghalakan pistol ke arahnya dan menggesa kaunter pameran barang kemas dibuka dalam kejadian sekitar jam 12.55 petang. "Akibat terlalu ketakutan dan melihat rakan sekerja melarikan diri, saya turut lari keluar meninggalkan penjenayah itu di kedai," katanya. Menurutnya, dua penjenayah lain pula memegang tukul dan rotan seterusnya bertindak memecahkan kaunter pameran kedai emas berkenaan. Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Rima, 19, berkata, dia nampak tiga lelaki bertopeng dan bersenjata meluru memasuki ke dalam premis itu. "Saya terus menyorok dan takut untuk keluar, namun hanya kedengaran bunyi cermin pecah," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan