Ahad, 26 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Gagalkah mata wang euro?

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Gagalkah mata wang euro? Kelmarin, bekas Setiausaha Luar Britain, Jack Straw mengeluarkan kenyataan pedas bahawa Greece patut keluar daripada kumpulan negara Eropah yang menggunakan mata wang euro.

Menurut Straw, tindakan itu perlu bagi mengelakkan masalah kewangan negara itu menarik rantau tersebut ke dalam satu lagi kegawatan ekonomi.

Kerajaan Greece terselamat dalam undi percaya yang dijalankan semalam selepas lebih separuh daripada 300 ahli Parlimen menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Greece, George Papandreou yang terpaksa memperkenal program penjimatan sehingga menaikkan kemarahan rakyat negara itu.

Pertumbuhan hutang Greece berlaku lebih cepat berbanding ekonomi negara itu dan tentunya dari segi matematik Athens tidak akan mampu membayar balik pinjamannya.

Namun, sekumpulan individu yang masih mempercayai (atau berpura-pura mempercayai) bahawa Greece masih boleh diselamatkan adalah menteri kewangan negara pengguna euro yang bersetuju memberikan satu lagi pakej bantuan kepada negara itu.

Dalam satu kenyataan mengejutkan, mereka memuji Athens kerana mengadakan perubahan besar dan perlu untuk menghalang negara itu jatuh bankrap.

Sekumpulan menteri ini jugalah yang melakukan perkara sama, setahun lalu apabila mereka menawarkan pakej bantuan 110 bilion euro kepada Greece untuk mengatasi masalah kewangan yang dianggap EU sebagai krisis jangka masa pendek.

Dan kini, di sebalik keyakinan itu, EU sedang bersedia untuk meluluskan 80 bilion euro lagi bantuan.

Bantuan kewangan itu memberi kesan buruk kerana perkara terakhir yang diperlukan sebuah negara berhutang adalah lebih banyak pinjaman.

Jadi mengapa kerajaan Eropah tetap memberikan bantuan ini?

Zon euro dilancarkan dengan jaminan jelas bahawa tiada negara lain yang perlu menanggung hutang negara pengguna mata wang euro lain, janji yang termaktub dalam Artikel 125 Perjanjian Zon Euro.

Dan EU sendiri tahu bantuan kepada Greece itu adalah tidak sah, seperti yang dikatakan oleh Menteri Kewangan Perancis, Christine Lagarde dengan penuh kejujuran, enam bulan lalu.

"Kita (EU) telah mencabuli semua peraturan kerana kita mahu merapatkan semua ekonomi Eropah dan menyelamatkan zon euro," katanya.

Greece, seperti juga Portugal dan Ireland, telah melakukan segala yang diperlukan untuk mengelakkan ekonomi mereka diambil alih oleh EU - iaitu perkara yang akan berlaku apabila bantuan kewangan diberikan.

Ini kerana walaupun ramai pengulas menggunakan perkataan 'membantu' Greece, wang bantuan itu tidak akan sampai kepada penduduk negara itu tetapi akan pergi ke bank-bank dan pemegang bon yang memegang hutang Greece.

Pembayaran bantuan itu pula, bagaimanapun, terpaksa dilakukan oleh pembayar cukai Greece, iaitu rakyatnya.

Greece tidak dibantu oleh EU tetapi ia dikorbankan untuk menyelamatkan mata wang euro.

Pemimpin Eropah tidak kisah membiarkan penduduk Greece, Portugal dan Ireland berhadapan kemuncupan ekonomi, kemiskinan dan hutang.

Mereka juga tidak kisah meletakkan beban kos bantuan kewangan kepada negara-negara Eropah lain.

Tetapi apa yang mereka sama sekali tidak akan lakukan adalah mengakui sistem kewangan bersepadu itu adalah satu kesilapan.

Greece berada dalam masalah ini kerana mata wang tunggal yang digunakan di Eropah.

Jika negara itu kekal menggunakan drachma, masalah ekonominya boleh diselesaikan dengan bantuan pasaran antarabangsa yang akan menaikkan kadar faedah dan memaksa Athens mengawal perbelanjaan mereka.

Greece perlu merendahkan kadar tukaran mata wang untuk menarik pelancong dan perniagaan serta pelaburan asing.

Tetapi, disebabkan negara itu terpenjara dengan mata wang euro, ia terpaksa berhadapan pengurangan dalam pengeluaran negara dan penurunan taraf hidup.

Ada juga yang percaya jika Greece menarik diri daripada zon euro, ia akan mencetuskan kesan malapetaka di Ireland, Portugal dan mungkin juga Sepanyol yang turut berhadapan krisis kewangan.

Namun, itu bukan sebab sebenar kerana Greece hanya memegang 1.9 peratus daripada ekonomi EU jadi masalah negara itu boleh dikawal.

Jika Greece dibenarkan meninggalkan zon euro, negara Eropah lain juga mungkin akan mengambil langkah sama dan menyebabkan ribuan pegawai yang bertugas di Brussels tidak lagi diperlukan.

Inilah sebabnya pemimpin Eropah menekankan lebih perpaduan di negara Eropah diperlukan berbanding mengumumkan kesimpulan sebenar daripada krisis ini, iaitu mereka silap dalam memaksa negara-negara yang mempunyai keadaan dan keperluan ekonomi berbeza antara satu sama lain supaya menggunakan mata wang sama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pejabat mewah EU dikecam

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pejabat mewah EU dikecam LONDON - Perdana Menteri Britain, David Cameron menyuarakan rasa kecewa berhubung perbelanjaan mewah pentadbiran Kesatuan Eropah (EU) selepas beliau diberikan risalah menunjukkan ibu pejabat baru kesatuan itu yang bernilai 300 juta euro (RM1.3 bilion).

Risalah menunjukkan bangunan yang bakal siap pada 2014 itu diedarkan kepada pemimpin EU semasa majlis makan malam di persidangan di Brussels, Khamis lalu.

Cameron mengecam pembinaan mewah itu sedangkan Eropah kini berhadapan krisis ekonomi paling buruk dengan kemungkinan Greece jatuh bankrap dan penggunaan mata wang euro mungkin terpaksa dihentikan.

"Anda mula berfikir sama ada institusi ini (EU) faham apa yang dilalui setiap negara dan rakyatnya semasa kita cuba mengurangkan perbe�lanjaan dan mengawal kewangan masing-masing," katanya.

Namun, wakil EU tidak mengendahkan kritikan itu dan menegaskan pembinaan ibu pejabat baru itu diputuskan beberapa tahun lalu sebelum krisis di Eropah itu bermula.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved