Ahad, 26 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Zoo ala Safari Afrika

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Zoo ala Safari Afrika CHUKAI – Mini Zoo Kemaman di Bukit Takal dijangka menjadi zoo terbesar di negara ini apabila kerja menaik taraf zoo berkenaan siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pelbagai perancangan dirangka sebagai tarikan baru bagi menarik kemasukan lebih ramai pengunjung ke Mini Zoo Kemaman termasuk mewujudkan 'Afrika Safari'.

"Saya juga dihubungi pihak Zoo Melaka dan mereka mahu memberi tujuh ekor singa untuk dipelihara di sini.

"Pihak zoo juga sedang giat membina sangkar ular tedung sepanjang kira-kira lapan meter," katanya.

Ahmad berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), di sini.

Hadir sama, Pegawai Pelajaran Daerah, Zakaria Husin; Yang Dipertua MPK, Mustafar Khalid dan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), Roshali Taha.

Sementara itu, orang ramai pernah mengkritik tindakan Ahmad membeli angsa dengan harga RM3,000 seekor, namun tegasnya, angsa berkenaan diperoleh dari luar negara dan ia boleh menjadi tarikan kepada pengunjung.

Sementara itu, Ahmad berkata, Kerajaan Negeri juga sudah pun membeli sebuah stesen radio yang masih dirahsiakan namanya.

"Kita juga bercadang membina taman tema air di negeri ini kerana ramai rakyat negeri ini terutama penduduk Kemaman pergi ke Gambang, Pahang untuk menikmati keserono-kan bermain di taman tema air di sana.

"Malah, kita juga akan berusaha meningkatkan lagi pelaburan lain demi kesenangan rakyat," katanya.

Pada majlis berkenaan, seramai 2,000 guru diraikan dan Ahmad turut menyampaikan Anugerah perkhidmatan cemerlang kepada guru sebagai menghargai jasa serta pengorbanan pendidik di daerah ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved