Ahad, 26 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Selangor tidak jamin kos guaman penduduk yang ditahan 9 Julai: Khalid Ibrahim

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Selangor tidak jamin kos guaman penduduk yang ditahan 9 Julai: Khalid Ibrahim

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak dapat memberi jaminan sama ada akan menanggung kos perundangan bagi penduduk negeri itu yang ditahan pihak berkuasa kerana menyertai perhimpunan haram 9 Julai ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau tidak berani menjanjikan apa-apa berhubung perkara itu kerana bimbang tidak dapat melaksanakannya.

"Kita tidak boleh janji, nanti tidak mampu bantu orang (yang ditahan dalam perhimpunan itu nanti)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Ilmu dan Pesta Buku Negeri Selangor 2011 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang mencari jalan bagi menghulurkan bantuan lain kepada penduduk Selangor yang ditahan pada perhimpunan itu nanti. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lapan lelaki berbaju "Bersih" ditahan di Ampang

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Lapan lelaki berbaju "Bersih" ditahan di Ampang

KUALA LUMPUR - Polis menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang di sini pagi tadi kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, kesemua mereka ditahan atas kesalahan memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan haram 9 Julai ini.

"Mereka juga didapati mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal di kawasan terbabit dan ekoran itu kita menahan mereka untuk langkah pencegahan awal," katanya ketika dihubungi.

Amiruddin berkata, kesemua mereka kini masih ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dan polis akan membebaskan mereka selepas keterangan diambil daripada mereka.

Difahamkan kesemua mereka yang dipercayai penyokong parti pembangkang berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di hadapan Majid Taman Kosas kira-kira 11 pagi. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved