Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Aktivis PSM cuba hidupkan fahaman komunis: Polis Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT Aktivis PSM cuba hidupkan fahaman komunis: Polis KEPALA BATAS - Siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di plaza Tol Sungai Dua di sini petang semalam cuba menghidupkan semula fahaman komunis, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar hari ini. Beliau berkata, ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan dilihat mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM). "Antaranya risalah dan baju T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah, kesemua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mereka dilihat cuba menghidupkan balik fahaman komunis dengan menyebarkan risalah-risalah berkaitan berkenaan kepada rakyat di beberapa kawasan di sini, katanya. "Polis terpaksa menahan kesemua mereka kerana membawa unsur menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan ini adalah sesuatu yang serius serta boleh mengancam keselamatan negara," katanya mengenai penahanan 31 aktivis PSM yang diketuai Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj semalam. - Bernama |
Perhimpunan haram digerak oleh pihak yang tidak sabar untuk berkuasa: Najib Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT Perhimpunan haram digerak oleh pihak yang tidak sabar untuk berkuasa: Najib KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perhimpunan haram 9 Julai ini sebenarnya digerakkan oleh pihak yang tidak sabar untuk berkuasa dan bukannya kerana pilihan raya di negara ini tidak bersih. Beliau berkata jika pilihan raya di negara ini tidak bersih, tentunya pembangkang tidak akan dapat berkuasa di lima negeri pada pilihan raya umum yang lepas. "Kalau kita boleh manipulasi semua pilihan raya ini, baik semua negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN). Kita bukan orang yang manipulasi pilihan raya. Kita tidak rela berkuasa melainkan kita didokong oleh rakyat. Itu Barisan Nasional," katanya pada perasmian Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (PPP) ke-58 di sini, hari ini. "Kita hanya rela berkuasa kalau rakyat bersama kita, tetapi janganlah buat sesuatu yang menimbulkan huru-hara dalam negara semata-mata mereka hendakkan kuasa politik," katanya. Beliau berkata, jika mereka mempunyai keberanian, mereka patut bertanding dalam pilihan raya daripada menganjurkan perhimpunan haram yang akan mewujudkan huru hara di dalam negara. "Kalau negara kita huru-hara, mereka akan dipertanggungjawabkan. (Negara) ada undang-undang. Kita hendak jaga kepentingan rakyat negara kita, bukanlah kepentingan orang yang "sesangat-sangat' hendak kuasa politik, tidak sabar-sabar lagi," katanya dengan disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin. Najib, yang juga Pengerusi BN berkata, tindakan kumpulan pengacau itu mengadakan perhimpunan haram itu adalah untuk mendapatkan kembali sokongan yang mereka dapat semasa pilihan raya umum 2008 memandangkan kini momentum sokongan rakyat kembali berpihak kepada BN. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan