Ahad, 26 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Peniaga pasar malam kesal dilarang berniaga

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Peniaga pasar malam kesal dilarang berniaga PENDANG - Kira-kira 30 peniaga mewakili 48 peniaga pasar malam di hadapan pasar raya baru Pendang, Batu Menunggul di sini kesal dengan tindakan Majlis Daerah Pendang (MDP) melarang mereka berniaga di tapak itu tanpa menyediakan notis pemberitahuan lebih awal sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Peniaga murtabak, Zakaria Hamid, 54, berkata, tindakan lebih 20 pegawai penguat kuasa MDP menyerah dan menguatkuasakan notis larangan berniaga secara mengejut kepada kesemua peniaga yang bersiap sedia lebih awal membuka gerai pada petang Khamis lalu amat mengecewakan kerana ianya dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan peniaga.

Menurutnya, lebih kurang 30 peniaga menjual makanan dan minuman mengalami kerugian besar berjumlah hampir RM15,000 akibat tindakan penguatkuasaan MDP itu memandangkan kebanyakan mereka membuat persediaan berniaga sejak awal pagi.

"Pada 17 Jun lalu, kami mula berniaga di hadapan pasar raya baru Pendang, Batu Menunggul setelah mendapati tapak berniaga lama di Kobah, di sini tidak sesuai disebabkan faktor keselamatan dan kebersihan selain tapak baru dirasakan lebih memberi keselesaan kepada pengunjung.

"Malam itu, kami didatangi dua pegawai penguat kuasa mengarahkan permohonan berniaga di tapak baru dihantar ke MDP dengan segera bagi membolehkan kelulusan berniaga di tapak baru diproses.

"Kami menghantar surat permohonan ke MDP pada 19 Julai lalu, bagaimanapun tidak mendapat sebarang maklum balas sehinggalah seorang daripada kami dihubungi pegawai penguat kuasa melarang peniaga berniaga di lokasi baru sehari sebelum kejadian," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini semalam.

Peniaga keropok lekor, Zahidah Saad, 35, berkata, pada hari kejadian, semua peniaga makanan dan minuman merayu kepada penguat kuasa MDP yang hadir supaya membenarkan mereka berniaga bagi mengelakkan kerugian persiapan bahan mentah namun tidak diendahkan.

Menurutnya, peniaga mempersoalkan tindakan MDP tidak menghantar notis pemberitahuan larangan berniaga lebih awal dan memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) itu lebih bertimbang rasa dalam menangani isu tapak niaga pasar malam.

"Kami mewakili 48 peniaga pasar malam hari ini (semalam) menyerahkan surat permohonan kedua berserta surat sokongan daripada Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Ahli Majlis kepada wakil MDP dan merayu diluluskan segera kerana ianya sumber mata pencarian utama kami.

"MDP perlu sedar lokasi tapak niaga lama di Kobah tidak selamat kerana jalan sempit, berdekatan projek pembinaan landasan kereta api berkembar dan terletak berhadapan masjid yang tidak memberi keselesaan kepada kami dan pengunjung.

"Justeru, saya fikir tidak salah MDP mempertimbangkan permohonan kami demi keselesaan peniaga dan pengunjung," katanya.

Peniaga pakaian, Faisol Othman, 30, berkata, tujuan peniaga membuat laporan media bukan berniat jahat terhadap MDP, tetapi memohon PBT itu mempertimbangkan luahan hati peniaga pasar malam yang kini berada dalam dilema akibat notis larangan berniaga yang diterima.

"Saya mohon MDP lebih terbuka dalam hal ini dan kami bersedia bekerjasama dalam menyediakan semua dokumen yang diperlukan bagi membolehkan permohonan kami diluluskan," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Daerah Pendang, Ibrahim Sofian ketika ditemui Sinar Harian meminta kesemua peniaga terbabit memberi ruang kepadanya untuk berbincang dengan MDP terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan penjelasan Yang Dipertua (YDP) MDP, Helwi Harun dan wakilnya gagal apabila panggilan telefon tidak berjawab.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved