SH |
Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT Mayat kakak ditemui
KUALA KRAI - Setelah hampir lapan jam mayat adik kepada dua beradik perempuan mangsa lemas ketika berkelah di Sungai Lebir, dekat Kampung Manjor, di sini, ditemui, mayat kakaknya ditemui semalam selepas operasi mencari disambung jam 7 pagi.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Ketua Polis Balai, Balai Polis Laloh, Sarjan Mejar Hamatli Seman berkata, mayat Siti Nurrul Amirah Azami, 16, ditemui di satu olak air sungai itu pada jam 7.45 pagi di seberang tebing bertentangan lokasi mayat adiknya, Siti Nur Fatin Izzaty, 14, dijumpai kelmarin. Katanya, mayat anak kelima daripada enam beradik itu ditemui anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian mangsa dilaporkan lemas. "Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terapung di satu kawasan air berpusing (olak air) berhampiran tebing bersebelahan dengan tempat mayat pertama (Siti Nur Fatin Izzaty) ditemui," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Pada kejadian kira-kira jam 6.30 petang Khamis, dua beradik terbabit dikhuatiri lemas ketika berkelah bersama seorang abang kandung dan abang ipar mereka di sungai itu. Operasi mencari dan menyelamat hari kedua kelmarin menemui mayat Siti Nur Fatin Izzaty tersangkut pada ranting pokok di tebing sungai itu pada jam 5.10 petang. Hamatli berkata, mayat Siti Nurrul Amirah, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat. "Dengan penemuan mangsa kedua ini, operasi mencari dan menyelamat yang bermula sejak hari kejadian (Khamis) dihentikan hari ini (semalam)," katanya. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan