Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT 165 barang
turun harga
KUANTAN- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan daripada 300 barang dikaji, 165 barangan mengalami penurunan harga manakala hanya 135 mengalami peningkatan. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hasil kajian dalam tempoh lima bulan tahun ini membuktikan tidak semua barangan berlaku kenaikan harga seperti yang didakwa sesetengah pihak. Menurutnya, masyarakat hanya dihebahkan dengan kenaikan harga barang ekoran peningkatan harga minyak namun mereka tidak dijelaskan tentang barang-barang yang turun harganya. "Ada kalanya isu kenaikan harga ini dipolitikkan pihak berkepentingan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo Beli Barangan Malaysia dan Peluang Perniagaan Francais Zon Timur di East Coast Mall di sini, semalam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT Rela sedia tunggu arahan
HULU TERENGGANU- Rela bersiap-sedia untuk dikerah bagi mengawal keselamatan sekiranya perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu negara dijadualkan 9 Julai depan diteruskan.
Ketua Pengarah Rela, Jeneral (Rela) Datuk Mustafa Ibrahim berkata, buat masa ini pihaknya sudah mengarahkan kesemua anggotanya iaitu di Selangor, Negeri Sembilan serta Wilayah Persekutuan agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia. "Kita (Rela) sudahpun bersiap-sedia dan kerahan ini akan dibuat sebaik sahaja menerima arahan selanjutnya daripada kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis. "Jika keadaan memerlukan seramai 100 anggota Rela di Selangor dan 100 dari Negeri Sembilan akan dikerah serta-merta ke lokasi perhimpunan Bersih tersebut bagi mengawal keadaan. Selain dua negeri ini, kita juga mendapat sokongan anggota daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. "Kita percaya 3,000 anggota dari tiga negeri berkenaan siap-siaga untuk dikerah," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Amanat Ulung Ketua Pengarah Rela Malaysia kepada pegawai dan anggota di Pusat Latihan Rela Wilayah Timur (PLRWT) di Kampung Kemat, di sini, semalam. Bagaimanapun, kata Mustafa pihaknya menyerahkan perkara berkenaan kepada KDN serta Ketua Polis Negara untuk tindakan selanjutnya serta bentuk tugasan yang akan dilaksanakan anggotanya sekiranya perhimpunan Bersih tersebut diteruskan jua nanti. Sebelum itu, pada majlis tersebut beliau menggariskan empat strategi utama di bawah kepimpinannya iaitu penyusunan semula platun, pembangunan modal insan, Rela sebagai wakil dan kebajikan anggota. Katanya, platun berkonsepkan 1Malaysia juga akan diperkenalkan dengan menggabungkan keanggotaan daripada pelbagai kaum. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan