Selasa, 31 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rampasan barangan tiruan RM4.8 juta

Posted: 30 May 2011 05:00 PM PDT

Rampasan barangan tiruan RM4.8 juta JOHOR BAHRU - Sebanyak 522 kes perniagaan dan pengedaran barangan cetak rompak berjaya ditumpaskan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna-an (KPDNKK) Negeri dari Mei 2010 hingga kini, dengan nilai RM4.8 juta menerusi program Gerak Gempur Cetak Rompak.

Timbalan pengarahnya, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, kejayaan itu hasil keberkesanan gerak gempur membanteras kegiatan cetak rompak dan barang tiruan dilancarkan.

"Sejak Mei hingga Disember tahun lalu, kita mengambil tindakan ke atas 255 kes yang kesemua nilai rampasannya membabitkan RM2.9 juta.

"Manakala dari Januari sehingga Mei tahun ini, kita mengambil tindakan terhadap 267 kes yang kesemua nilai rampasannya RM1.9 juta," katanya ketika meninjau proses pelupusan barang tiruan, di Stor Eksibit KPDNKK, semalam.

Menurutnya, pihaknya yakin banyak barangan tiruan diedarkan di pasaran menjelang musim pera-yaan dan memberi amaran KPDNKK akan memperhebatkan penguatkuasaan.

Menurutnya, pelupusan 500,000 unit barangan cetak rompak itu membabitkan nilai barangan tiruan dirampas menerusi dua operasi besar tahun lalu, RM1.5 juta dirampas dalam dua serbuan di premis rumah kedai di Taman Bukit Indah, di sini, Mei tahun lalu.

Kesemua barangan itu membabitkan pakaian, kasut, topi dan beg jenama terkenal, di mana kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) (b) Akta Perihal Dagangan 1972..

Menurutnya, kes pertama dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, pada 28 Februari lalu, manakala kes kedua dituduh di mahkamah sama, 9 Mac lalu.

"Pihak dituduh dalam kes pertama didenda RM25,000 atau penjara enam bulan, manakala kes kedua didenda RM15,000 atau penjara sebulan," katanya.

Abdul Hamid berkata, terdapat dua cara penguatkuasaan dikenakan terhadap pemilik, sama ada mengenakan kompaun dan tindakan di hadapkan ke mahkamah.

Sepanjang 2010, RM103,200 nilai kompaun dikeluarkan dan sehingga Mei tahun ini, RM80,000 kompaun berjaya dikutip.

Usaha selamat anjing bawa hasil

Posted: 30 May 2011 05:00 PM PDT

Usaha selamat anjing bawa hasil

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi semalam menetapkan 7 Jun sebagai tarikh mendengar permohonan Teoh Bee Eng dan suaminya Joseph Teoh Boon Aun bagi menyelamatkan anjing mereka daripada dilupuskan.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mohd Rosly Mohamed Nawi yang mendengar permohonan kes itu di kamarnya semalam menetapkan tarikh itu.

Sebelum itu, ketika menunggu lebih tiga jam di luar mahkamah, Bee Eng dilihat menangis sambil ditenangkan suaminya, tetapi sebaik diberitahu peguam mereka, anjing mereka dapat diselamatkan, pasangan itu kelihatan tersenyum dan saling berpelukan.

Pada satu kejadian 9 Januari, Sullivan Maurice, 50, dari Ireland, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan dan muka serta kedua-dua telinganya putus setelah diserang dua ekor anjing ketika sedang merakamkan gambar pokok durian di ladang milik Bee Eng di Teluk Bahang.

Pada 4 April lalu, Mahkamah Majistret Balik Pulau memerintahkan Bee Eng didenda RM8,000 atas kesalahan tidak mengenakan kolar keselamatan dan lencana pendaftaran terhadap anjingnya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved