Selasa, 31 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Ribut 10 minit

Posted: 30 May 2011 05:00 PM PDT

Ribut 10 minit PARIT - "Saya terkejut mendengar angin kuat menderu melalui tingkap menyebabkan saya segera berlari ke rumah sebelah kerana takut tinggal seorang diri," kata pekerja stesen Mardi Parit, Mohd Tarmizi Tajuddin.

:Tarmizi berkata, kejadian ribut yang berlaku dalam masa 10 minit itu menerbangkan hampir keseluruhan bumbung bangunan yang ada di dalam kawasan stesen Mardi.

Menurutnya, cuaca pada petang kelmarin dalam keadaan baik tetapi apabila tiba jam 7 petang keadaan mulai gelap dan hujan turun diiringi angin kuat menyebabkan sebahagian bumbung bangunan mengalami kerosakan.

"Ini adalah kejadian kedua dan paling teruk kerana melibatkan hampir kesemua bangunan yang ada," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sinar Harian juga difahamkan ribut itu juga menyebabkan beberapa rumah ditimpa pokok dan terdapat pokok tumbang di atas jalan di Kampung Baru Padang Kangar.

Sementara itu, Timbalan Pengurus stesen Mardi Parit, Abdullah Ahmad berkata, anggaran kerugian kerosakan akibat ribut itu mencecah RM50,000 kerana melibatkan semua bangunan.

Katanya, sebahagian bangunan termasuk pejabat, garaj kereta, bengkel dan bangunan proses benih mengalami kerosakan apabila atap diterbangkan angin.

"Nasib kami baik kerana pada kali ini benih padi belum diproses kerana baru berusia dua bulan setengah berbanding ribut pertama dulu sebanyak lapan hektar benih padi musnah begitu sahaja akibat ribut berkenaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved