SH |
Posted: 30 May 2011 05:00 PM PDT Mati ketika bersenam
KOTA BHARU - Seorang lelaki ditemui mati selepas dipercayai terjatuh ketika bersenam di pekarangan rumahnya di Taman Tanjung chat, dekat sini semalam.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Kejadian disedari anak lelakinya, Fang Jiq Xing, 16, selepas terdengar dentuman dari luar rumahnya, kira-kira jam 12.20 tengah hari semalam. Jiq Xiang berkata, kejadian berlaku selepas bapanya, Fang Seng Yong, 54, seorang pendawai elektrik bersenam kira-kira lima minit sebelum dia terjatuh. "Saya kemudian bergegas keluar dan mendapati bapa saya dalam keadaan terlentang dan mulutnya mengeluarkan buih. "Saya kemudian meminta bantuan jiran sebelum menghubungi ambulans dan polis," katanya ketika ditemui di sini semalam. Jiq Xiang berkata, ketika kejadian, ibunya Chen Swee Fong, 47, yang juga seorang guru tiada di rumah kerana mempunyai urusan di luar. Katanya, dia kemudian menghubungi ibunya memaklumkan mengenai kejadian menimpa bapanya. Menurutnya, sebaik ambulans tiba, bapanya diberikan pertolongan cemas tetapi gagal diselamatkan dan disahkan sudah mati. Jiq Xiang berkata, sejak tiga hari lalu, bapanya mengadu cepat letih dan perlu melakukan senaman. "Tengah hari tadi sebelum dia terjatuh, ayah yang berada dalam keadaan letih memberitahu saya tetap mahu melakukan senaman untuk mengeluarkan peluh," katanya. Menurutnya, berhubung kejadian itu, ibunya sudah membuat laporan polis dan dia mengesyaki bapanya menghidap serangan jantung. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan