Selasa, 31 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Tidak wujud istilah pindah undi: SPR

Posted: 30 May 2011 05:00 PM PDT

Tidak wujud istilah pindah undi: SPR SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan kewujudan istilah 'pindah pengundi' yang kini semakin dikelirukan banyak pihak.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR hanya melakukan pembetulan lokaliti pemilih apabila terdapat percanggahan alamat berdaftar dengan lokasi sebenar pengundi.

Menurutnya, tindakan SPR adalah berdasarkan undang-undang dan peraturan yang mana ia adalah bagi memastikan pemilih berdaftar mengundi di kawasan mereka tinggal (bermastautin).

"SPR bertindak berdasarkan dua undang-undang iaitu Akta SPR 1958, yang memberi kuasa kepada SPR untuk memastikan pengundi adalah daftar pemilik bagi kawasan yang didaftarkan.

"Proses pembetulan pengundi juga berkait dengan Peraturan Pendaftaran Pemilik (2002) dan kenyataan yang dikeluarkan banyak pihak tentang pembetulan yang dilakukan SPR disifatkan mengelirukan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, SPR juga tidak sewenangnya menerima pendaftaran pemilih yang berbeza alamat lokasi yang didaftarkan dengan alamat dalam MyKad.

Menurutnya, pemilih perlulah melalui prosedur penukaran alamat di Jabatan Pendaftaran Negara sekiranya ingin mengundi di kawasan mereka ingin daftar dengan syarat tinggal di alamat ditukarkan.

"SPR juga hanya melakukan penukaran alamat pendaftaran dengan permintaan pemilih, asalkan mereka telah melalui proses yang sepatutnya, sekiranya alamat yang didaftarkan tidak sama dengan alamat MyKad, permohonan mereka boleh ditolak.

"Malah, kenyataan yang mengatakan SPR memindahkan pengundi adalah tidak benar, melainkan pengundi sendiri yang memohon untuk pindah ke tempat baru dan mengundi di kawasan itu dengan alasan munasabah (berpindah atau bermastautin)," katanya.

Wan Ahmad berkata, kebanyakan kesilapan dikesan SPR apabila proses semakan pengundi dalam persiapan menghadapi setiap Pilihan Raya Umum (PRU) dijalankan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sangkal ada alkohol

Posted: 30 May 2011 05:00 PM PDT

Sangkal ada alkohol SHAH ALAM – Sejenis minuman dari Timur Tengah yang didakwa mengandungi alkohol tetapi halal diminum menjadi isu sensitif dalam kalangan umat Islam disangkal beberapa pengedar itu di sini.

Pengarah Urusan, AM Avenue Sdn Bhd, Zaid Al Amdi berkata, selaku pengedar pihaknya memberi jaminan bahawa produk-produk edaran Syarikat Mahmood Saeed di Jeddah dengan jenama Hillsburg tidak mempunyai alkohol.

"Kilang kami terletak 50km dari Kota Suci Makkah, adalah mustahil pengilang produk ini menidakkan hukum hakam untuk seluruh pengguna Muslim.

"Segala syarat untuk pengilang di Arab Saudi adalah lebih ketat dan pemantauan dilakukan pihak berkuasa sepanjang masa," katanya semalam.

Menurutnya, analisis makmal sentiasa dipantau pihak berkuasa dan proses pembaharuan sijil analisis dilakukan di makmal setiap enam bulan sekali.

"Bagi pasaran Malaysia pihak kami telah mengadakan pertemuan serta merujuk tentang produk kepada pihak Jakim. Syarikat ini adalah ahli kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

"Sebagai mengelak kekeliruan terhadap isu baru-baru ini, selain daripada ujian makmal dari negara Arab Saudi kami juga telah menghantar contoh kepada makmal Malaysia untuk mendapatkan kesahihan kandungan alkohol.

"Keputusan ujian itu mungkin akan diketahui dalam sedikit masa lagi diharap pengguna tidak waswas terhadap produk edaran kami kerana halalan toyyiban adalah pegangan kami," katanya.

Sementara itu, Pengedar Suria WholeSales Sdn Bhd, Ahmad Alyateem berkata, syarikat mendapat pengesahan cap halal dari beberapa negara sebelum dibenarkan memasuki Malaysia.

"Minuman jenama Barbican Malt Drinks, adalah keluaran syarikat kami, saya memberi jaminan bahawa produk kami seratus peratus halal.

"Antara syarikat yang memberi jaminan halal kepada kami ialah Aujan Industries Co Dubai, Sijil Eksport Kesihatan dari Jabatan Kawalan Makanan, Dubai dan Islamic Food Research Centre Malaysia dan Asia (IFRC-Asia)," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ahmad memberi jaminan kepada pengguna Islam di negara ini supaya tidak ragu-ragu terhadap produk mereka yang berada di pasaran kerana ia dihasilkan dengan menggunakan buah-buahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved