Selasa, 31 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Peluang manfaat TP-1Malaysia

Posted: 30 May 2011 05:00 PM PDT

Peluang manfaat TP-1Malaysia PANTAI DALAM – Kira-kira 200 pihak pengurusan rumah kos sederhana rendah swasta kini boleh mengambil peluang memanfaatkan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP-1Malaysia) setelah perkhidmatannya diperluaskan.

:Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, jika sebelum ini tabung ini hanya dikhususkan untuk perumahan kos rendah swasta, kini ia diperluaskan setelah mendapat banyak permintaan.

:Namun menurutnya, syarat yang dikenakan agak berbeza jika dibandingkan dengan syarat untuk rumah kos rendah kerana menyifatkan penduduk rumah kos sederhana rendah lebih berkemampuan.

:"Penggunaan TP- 1Malaysia kini diperluas ke kawasan perumahan pangsa kos sederhana rendah swasta di Wilayah Persekutuan yang bernilai RM42,000 hingga RM80,000.

:"Namun, kaedah pembayaran yang ditetapkan adalah berbeza iaitu 60 peratus daripada dana tabung dan 40 peratus daripada penduduk sendiri, berbeza dengan rumah kos rendah, 20 peratus sahaja daripada penduduk manakala selebihnya daripada dana tabung," katanya ketika berucap pada Majlis Perluasan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia ke Kawasan Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah Swasta di Taman Pantai Indah Fasa 1 di sini semalam.

:Perbadanan Pengurusan Taman Pantai Indah Fasa 1 adalah salah satu daripada 18 permohonan yang berjaya mendapat kelulusan menggunakan dana TP-1Malaysia.

:Sebanyak RM400,000 diperuntukan untuk kerja menyelenggara perumahan bertingkat itu yang mana 20 peratus daripadanya adalah dana daripada perbadanan pengurusan itu sendiri.

:Beliau berkata, melalui kajian yang dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kekurangan sumber kewangan pihak pengurusan adalah disebabkan oleh bayaran penyelenggaraan yang dikenakan terlalu rendah iaitu sebanyak RM60 sebulan.

:Katanya, kewujudan pemilik rumah yang enggan menjelaskan yuran penyelenggaraan juga menjadi satu fenomena di tahap kritikal bagi kebanyakan kawasan perumahan.

:"Kajian berhubung kejayaan dan kegagalan sesebuah pengurusan menguruskan kutipan bayaran penyelenggaraan perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan ini agar tidak berlarutan," katanya.

:Dalam pada itu, beliau turut memuji komitmen Perbadanan Pengurusan Taman Pantai Indah Fasa 1 yang disifatkan sebagai pengurusan yang perlu dicontohi kerana berjaya mengutip lebih 90 peratus yuran penyelenggaraan.

:TP-1Malaysia ini mempunyai simpanan sebanyak RM36 juta hasil sumbangan kerajaan, DBKL dan juga pertubuhan swasta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved