Selasa, 31 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Penduduk bising air sungai berkarat

Posted: 30 May 2011 05:00 PM PDT

Penduduk bising air sungai berkarat KUANTAN - Penduduk di sekitar Kampung Panching di sini melahirkan rasa terkilan gara-gara air sungai yang menjadi sumber alternatif mereka selama ini apabila ia bertukar warna perang dipercayai akibat pencemaran.

Ketua Kampung, Abdul Rashid Ahmad berkata, penduduk mula 'bising' dan mengadu kepadanya apabila air sungai yang ada di kawasan ini tidak boleh digunakan lagi.

Menurutnya, air sungai itu merupakan sumber alternatif penduduk untuk minum dan mandi apabila menghadapi masalah air.

"Baru-baru ini penduduk mengeluh apabila bekalan air terputus selama tiga hari dan keadaan tambah rumit apabila air sungai pula tercemar untuk kegiatan harian mereka.

"Kini air sungai sudah mula bertukar warna dan diragui tahap kebersihannya," katanya.

Masalah didakwa ber-punca daripada aktiviti kuari yang terletak berhampiran sungai itu yang dipercayai mengalirkan 'air karat' itu.

Abdul Rashid mendakwa, sebelum ini kerja-kerja di kawasan kuari bijih besi itu terbabit memang tidak menjejaskan penduduk, tetapi sejak kebelakangan ini mula berlaku pencemaran akibat aktiviti pembersihan bijih besi.

"Kami tiada masalah dengan aktiviti kuari bijih besi di sini, tetapi apabila ia turut menjejaskan persekitaran tempat kami dan membawa masalah kepada kami, kami tidak boleh berdiam diri sahaja.

"Oleh itu, saya harap agar pihak pengurusan dapat menjalankan segala aktiviti mereka dengan elok dan tidak menjejaskan sungai kami ini," katanya.

Sementara itu, bagi pihak pengurusan kuari itu pula berkata, mereka telah membuat beberapa tindakan untuk menyelesaikan masalah ini.

Menurutnya, pihaknya juga sudah memasang benteng batu di kawasan sungai tersebut bagi digunakan untuk mengasing bahan karat daripada terus disalurkan kepada sungai.

"Keadaan cuaca sekarang ini membantu menjadikan keadaan sungai itu karat. Pihak kami tidak menyalurkan bendasing terus ke dalam sungai kerana kami juga mahu menjaga ekosistem di sini.

"Selain itu, pihak kami juga dalam usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami agar tidak menjejaskan mana-mana pihak," katanya.

Seterusnya, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail yang turut melihat keadaan sungai tersebut kesal kerana ia membawa masalah kepada empat kampung di ini.

Beliau yang juga Pengerusi Rakan Alam Sekitar Parlimen Paya Besar akan mengusulkan perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.

"Saya harap biar pihak yang bertanggungjawab menyiasat serta memantau keadaan sungai ini dan menjalankan tindakan sewajarnya agar masalah ini tidak berulang lagi.

"Saya juga sedia maklum sungai ini merupakan antara sumber terpenting penduduk dalam kehidupan seharian dan tidak mahu ia tercemar dan mendatangkan masalah kepada penduduk," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved