Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 19 May 2011 05:00 PM PDT Saran biaya dana politik
PUTRAJAYA – Kerajaan disaran membiayai dana calon dalam pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya kecil (PRK) sebagai inisiatif membanteras rasuah di negara ini.
Cadangan itu dikemukakan Transparency International Malaysia (TI-M) dalam pertemuan dengan Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah, di sini, semalam. Pengarah NKRA Rasuah, Datuk Hisham Nordin berkata, pertemuan itu untuk mendengar pandangan TI-M berhubung isu pembiayaan dana politik dalam laksanakan inisiatif bawah sub NKRA rasuah besar. Saranan itu sebelum ini dikemukakan pihak TI-M kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 5 Mei lalu dan diserahkan kepada pihaknya untuk diteliti. TI-M cadangkan agar peraturan laporan pembiayaan politik, pendedahan pembiayaan parti politik dan calon serta pengawal selia derma politik, disediakan. "Mereka juga cadangkan liputan sama rata dan adil diberikan media awam kepada calon terlibat pilihan raya. "Dalam perbincangan semalam, beberapa cadangan yang dikemukakan TI-M dipersetujui untuk dijalankan, tetapi ada beberapa perkara perlu teliti semula undang-undang sedia ada sebelum dilaksanakan," katanya pada sidang media selepas Taklimat Pelaksanaan Inisiatif NKRA Membanteras Rasuah, di sini, semalam. Hadir sama, Presiden TI-M, Datuk Paul Low dan Timbalannya, Prof Datuk Mohamad Ali Hasan. Low berkata, cadangan berkenaan diutarakan pihaknya selepas mengambil kira faktor kewangan calon PRU dan PRK yang memerlukan banyak wang. "Bayangkan, selepas menang pilihan raya, mereka juga perlu wang untuk bina pusat khidmat masyarakat," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Posted: 19 May 2011 05:00 PM PDT Tiga diberkas, tipu peniaga
KUALA LUMPUR – Tiga suspek termasuk pasangan suami isteri yang licik menipu seorang ahli perniagaan wanita warga Taiwan sehingga kerugian kira-kira RM380,000 diberkas polis Isnin lalu.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Suspek adalah dua lelaki warga Nigeria dan seorang wanita tempatan berusia 38 tahun, ditahan susulan laporan dibuat oleh mangsa di Kedutaan Taiwan di negara ini pada Februari lalu. Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Roduan Mohd Yusuf berkata, suspek lelaki berusia 39 tahun dan isterinya ditahan jam 4.30 petang di rumah mereka di Serdang Raya, Seri Kembangan, manakala seorang lagi yang juga pelajar kolej swasta ditahan di sebuah apartmen di Cheras. Beliau berkata, siasatan awal mendapati, ketiga-tiga suspek yang menjalankan perniagaan kereta sewa di Serdang itu, bersekongkol memperdaya mangsa berusia 43 tahun melalui laman sosial Facebook. Menurutnya, seorang daripada suspek menyamar sebagai warga Britain dengan menggunakan nama 'John Miller' untuk berkenalan dengan mangsa melalui laman sosial itu. "Suspek licik menjerat mangsa sehingga jatuh cinta dan berjanji untuk memberi 'parcel' atau hadiah wang berjumlah 950,000 pound sterling (RM4.6 juta) yang dihantar melalui sebuah syarikat penghantaran wang di Malaysia. "Suspek minta mangsa buat beberapa transaksi termasuk duti kastam kononnya bayaran menuntut hadiah wang itu," katanya pada sidang akhbar semalam. Katanya, mangsa tidak syak apa-apa dan buat transaksi secara berperingkat melalui akaun bank diberikan suspek. Mngsa sedar ditipu setelah tiga kali pembayaran dibuat, namun wang itu gagal dituntut dan buat laporan polis. "Polis merampas barang kemas bernilai RM100,000, pelbagai jenis peralatan komputer digunakan untuk tipu mangsa, telefon bimbit, pelbagai dokumen, buku bank, kad ATM, kad kredit dan tunai berjumlah AS$15,000 dan RM14,260," katanya mengesahkan sindiket itu aktif menipu sejak empat bulan lalu. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan