Jumaat, 20 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kompleks sukan RM17 juta terbiar

Posted: 19 May 2011 05:00 PM PDT

Kompleks sukan RM17 juta terbiar MUADZAM SHAH - Kompleks Sukan Mini Muadzam Shah yang dibina sejak sembilan tahun lalu di sini semakin terbiar, malah pelbagai jenis kemudahan sukan di situ rosak akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.

Akibat terbiar, kompleks itu turut menjadi sasaran pencuri dipercayai penagih dadah yang mengambil peluang mencuri penutup longkang bagi mengaut keuntungan.

Justeru, kompleks yang menelan belanja kira-kira RM17 juta itu memerlukan perhatian serius semua pihak bagi meningkatkan kemudahan sedia ada, sekali gus memberi keselesaan ruang riadah kepada penduduk setempat.

Kemudahan tidak diselenggara dengan baik

Seorang penduduk, Mohd Syazwan Huzlan, 23, berkata, sebagai pengguna dia berasa kecewa kerana gelanggang sukan di situ tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya penduduk setempat.

Menurutnya, kompleks itu tidak sepatutnya menjadi tempat vandalisme kerana kemudahan asas seperti itu menelan belanja ratusan ribu ringgit untuk disediakan.

"Sudah tentu sebagai penduduk dan pengunjung tetap di sini, saya berasa kecewa apabila kemudahan yang ada di kompleks ini tidak dapat dinikmati secara berterusan apatah lagi ia semakin terbiar dan tidak diurus dengan baik," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Syazwan berkata, pihak yang bertanggungjawab men�jaga dan menyelenggarakan kompleks terbabit sepatutnya lebih peka terhadap kemudahan sukan di situ yang terbiar dan rosak.

Katanya, semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan sepatutnya memikirkan cara terbaik untuk memelihara kompleks berkenaan.

"Kita berharap ada tindakan lebih serius bagi memastikan kemudahan sedia ada terus kekal terpelihara dan tidak mendatangkan kesulitan kepada penggunanya," katanya.

Trek balapan tidak rata

Mohd Faiz Tahir, 23, berkata, sebagai pengguna, dia kecewa apabila permukaan gelanggang balapan yang terdapat di kompleks itu semakin teruk dan membentuk gelombang besar yang tidak rata.

Katanya, keadaan itu boleh mengakibatkan penggunanya cedera sekiranya mereka melakukan aktiviti larian atau senaman di atas trek berkenaan.

"Macam mana kami mahu melakukan pelbagai aktiviti sukan di sini, sedangkan kemudahan sedia ada tidak dinaik taraf ke tahap yang lebih baik untuk kemudahan rakyat," katanya.

Kompleks daif, rosak teruk

Seorang penduduk, Siti Fatimah Ahmad, 25, berkata, terdapat beberapa kerosakan berlaku di kompleks berkenaan seperti cermin tingkap dan pintu pecah akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, dia tidak faham mengapa ada pihak yang tergamak merosakkan segala kemudahan yang ada di situ hingga menyusahkan pengguna lain.

"Tingkap dan pintu kompleks ini dipecahkan dan saya percaya ia dilakukan mereka yang berfikiran sempit kerana tidak fikir kesan jangka panjang terhadap perbuatan yang mereka lakukan itu," katanya.

Siti Fatimah berkata, dia turut kecewa kerana tandas di kompleks itu juga berbau busuk dan kotor akibat tiada bekalan air.

"Sesiapa saja yang masuk ke dalam tandas itu akan loya dan saya berharap masalah ini dapat ditangani segera bagi kemudahan pengguna," katanya.

Pantau kegiatan curi besi

Nurul Ain Nordin, 21, berkata, kegiatan mencuri penutup longkang semakin menjadi-jadi hingga mengakibatkan kesemua saluran longkang di situ 'ternganga' tanpa penutup.

Katanya, anggota polis perlu lebih kerap melakukan rondaan supaya penyangak besi itu dapat diberkas seterusnya dibawa ke muka pengadilan.

"Kegiatan mencuri penutup longkang adalah sesuatu perbuatan yang sangat memalukan, namun ada individu yang sanggup menjual penutup longkang ini semata-mata mahu mendapatkan duit dengan cepat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved