Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Cadang guna balik syiling satu sen Posted: 19 May 2011 05:00 PM PDT Cadang guna balik syiling satu sen
KANGAR - Kerajaan sedang menimbangkan cadangan penggunaan semula syiling satu sen dalam usaha mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat akibat kenaikan harga barangan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan itu akan diusulkan dalam mesyuarat Kabinet bulan hadapan. "Saya akan cadangkan agar syiling satu sen digunakan semula. Jika harga barang naik satu sen, sebagai contoh, kenaikan harga barang menyebabkan harga teh tarik naik RM1.71 sen, jadi patut tambah satu sen sahaja, jangan tambah empat sen (digenapkan kepada lima sen terdekat menjadi RM1.75). "Jadi tak salah kalau kita guna semula kerana satu ketika dulu kita pun guna satu sen," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020, semalam. Menurutnya, perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) juga akan diadakan mengenai perkara itu. "Kita akan bincang perkara ini dengan BNM, biar caj yang dikenakan mengikut kadar yang betul. Jadi ia tidak akan membebankan," katanya. Sementara itu, beliau meminta sektor swasta tidak mengenakan harga yang terlalu tinggi kepada pengguna walaupun kos pengeluaran meningkat disebabkan kenaikan harga barang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 19 May 2011 05:00 PM PDT Nasrudin dijangka kekal
SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dijangka menerima laluan mudah untuk mengekalkan jawatannya dalam pemilihan parti Jun depan.
Turut mendapat pencalonan Azman Shafawi, Firdaus Jaafar dan Suhaizan Kaiat. Azman dan Firdaus, ketika dihubungi berkata, mereka tidak akan bertanding untuk jawatan timbalan ketua pemuda. Nasrudin, yang memenangi jawatan itu pada pemilihan 2009, menggantikan Salahuddin Ayub, membuat keputusan untuk mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti bulan depan. Azman, Suhaizam dan Firdaus turut dicalonkan bagi jawatan ahli jawatankuasa kerja pusat dan naib ketua pemuda. Azman berkata, beliau percaya kepada kepimpinan Nasrudin untuk menerajui pemuda bagi penggal seterusnya. "Nasrudin berjaya membawa pelbagai pembaharuan dan meningkatkan sambutan generasi muda kepada parti. "Saya hanya akan bertanding untuk jawatan timbalan dan ahli jawatankuasa kerja parti," katanya kepada Sinar Harian semalam. Katanya, surat tawaran pencalonan masih belum diterima mengenai jumlah pencalonan dalam pemilihan parti. Sementara itu, Suhaizan, yang juga Ketua Penerangan Pemuda, masih belum buat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak. "Saya telah menerima surat tawaran pencalonan semalam dan keputusan rasmi akan dimaklumkan dalam beberapa hari lagi," katanya. Firdaus, yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, keputusannya untuk bertanding jawatan timbalan ketua pemuda adalah untuk meningkatkan prestasi pemuda. "Saya akan membawa mesej dan suara pemuda, terutama untuk berdepan dengan pilihan raya umum akan datang. "Saya juga bersedia bekerjasama dengan individu yang dipilih sebagai ketua pemuda dalam pemilihan parti Jun depan," kata Firdaus, yang juga Pengarah Pilihan Raya sayap pemuda parti itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan