Jumaat, 20 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Suharto popular, pegawai awam kita "Derhaka"

Posted: 19 May 2011 05:00 PM PDT

Suharto popular, pegawai awam kita "Derhaka"

AKHBAR Kompas, Indonesia pada 16 Mei melaporkan bahawa bekas presiden, Allahyarham Suharto, lebih popular daripada President Susilo Bambang Yudhoyono.

Kajian ke atas 1,200 responden oleh The Indo Barometer mendapati 40 peratus berpendapat keadaan lebih baik di bawah Suharto berbanding 23% yang menyebelahi Yudhoyono.

Sokongan lebih kuat kepada Suharto berlaku walaupun pemerintahan beliau dituduh korup dan menindas.

Lebih sepertiga responden memilih beliau sebagai presiden kesukaan mereka manakala 40% menganggapnya "paling berjaya menjalankan tugas sebagai seorang presiden Indonesia."

Ini tidak menghairankan saya. Malah saya merasakan sendiri hal ini mulai awal tahun 1980 apabila saya kerap dihantar untuk membuat liputan berita di republik raksasa itu.

Dalam masa tidak sampai 15 tahun mulai 1967, apabila beliau menggantikan Sukarno berikutan percubaan rampasan kuasa oleh Parti Komunis Indonesia (PKI), Indonesia bertukar daripada negara yang ramai rakyatnya kebuluran kepada negara yang menghasilkan cukup beras untuk kegunaan sendiri.

Kejayaan itu sahaja menyebabkan Suharto dihormati dan disayangi. Beliau juga membawa kemajuan lain sehinggalah reputasi beliau mula tercemar apabila isteri, anak-anak dan menantu-menantu beliau dibabitkan dengan rasuah dan monopoli ekonomi negara. Mereka diperalatkan oleh segelintir pembolot ekonomi yang umumnya berketurunan Cina.

Pada satu ketika, isteri Suharto, Ibu Tien diberi gelaran Ibu Tien (10) Persen. Harapan Suharto bertahan habis berkecai apabila berlaku Krisis Kewangan Asia 1997/98. Indonesia muflis dan terpaksa mengemis kepada Tabung Matawang Antarabangsa (IMF).

Kejatuhan Suharto dan ramai lagi pemerintah autokrat yang berjaya dan berjasa wajib dijadikan teladan, khasnya oleh pemimpin yang dipilih secara demokratik, agar tidak mengabaikan kebajikan pengundi dan tidak sekali-kali membiarkan pemerintahan mereka dikotori oleh watak-watak ala "Ibu Tien Persen".

Pegawai Kerajaan Ingkar Arahan Kabinet?

Kemudian mengenai ribut yang ditiupkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran merangkap Ketua Pemuda MCA, Dr Wee Ka Siong, apabila mendakwa kegagalan pegawai kerajaan melaksanakan arahan Kabinet menjadi punca pelajar terbaik tidak mendapat biasiswa.

Katanya, ramai pelajar yang berhak tidak mendapat biasiswa manakala yang tidak layak diberikan biasiswa dan pinjaman.

Dr Wee berkata, kakitangan awam yang terbabit telah mengenakan kriteria mereka sendiri dan bukan apa yang telah dipupuskan Kabinet.

Kalau akhbar milik MCA melaporkan hujah Dr Wee dengan tepat, kita bolehlah membuat kesimpulan bahawa ada pegawai kerajaan yang ingkar dan mengkhianati kerajaan. Ini satu tuduhan atau andaian yang sangat berat.

Itu hak Dr Wee. Saya tidak berhasrat mencetuskan kontroversi atau polemik mengenai hal ini. Yang saya pasti, ramai juga budak-budak Bumiputera yang cemerlang dan datang dari keluarga miskin di kampung dan pedalaman tidak mendapat biasiswa atau pinjaman pelajaran.

Yang saya hendak tengok dan hendak dengar berapa kerat "pejuang Melayu" khasnya dalam UMNO, boleh menjawab dakwaan Dr Wee dan seterusnya memastikan penuntut Bumiputera tidak menjadi mangsa.

Sama ada mereka akur atau tidak kepada 1Malaysia (rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan), meritokrasi, keterangkuman dan persamaan, itu hak mereka.

Tetapi mereka tidak boleh lari daripada Perkara 153 (2) Perlembagaan Malaysia yang mengatakan:

"Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu."

Tidak apalah kalau Dr Wee atau mana-mana pembesar MCA hendak membuat tuntutan atau mencari pembelaan. Saya turut menyokong mereka jika ada budak-budak cemerlang, tidak kira Bumiputera atau bukan Bumiputera, teraniaya akibat "pengkhianatan" pegawai awan seperti didakwa itu.

Tetapi kalau ada pembesar Melayu, khasnya dalam Umno, yang takut atau sengaja tidak mahu mempertahankan Perkara 153, saya cap mereka pengecut dan pembelot bangsa kelas dunia.


Dipetik daripada blog A. Kadir Jasin

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kenaikan harga makanan negara merupakan kenaikan dua kali ganda dari harga dunia

Posted: 19 May 2011 05:00 PM PDT

Kenaikan harga makanan negara merupakan kenaikan dua kali ganda dari harga dunia

Statistik inflasi terbaru yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia untuk empat bulan pertama 2011(sehingga bulan April 2011) begitu membimbangkan. Saya perihatin dengan kenaikan sebanyak 4.9% harga makanan dan minuman tidak beralkohol dari bulan Januari sehingga bulan April tahun ini sekiranya dibandingkan dengan harga makanan serta minuman tidak beralkohol untuk jangka masa yang sama tahun lepas.

Sekiranya kenaikan ini tidak dibendung dan kekal untuk bulan seterusnya, tahun 2011 akan mencatatkan kenaikan harga makanan kedua tertinggi semenjak tahun 2006. Kenaikan ini akan menambah derita rakyat sepertimana pada tahun 2008 lalu apabila harga makanan naik sehingga 8.8% akibat dari kenaikan mendadak harga minyak dan petrol.

2006 2007 2008 2009 2010 2011*
Kenaikan Harga Makanan 3.4% 3.0% 8.8% 4.1% 2.4% 4.9%
Jadual 1:

Kenaikan harga makanan adalah tertinggi pada tahun 2008 akibat kenaikan harga minyak dan petrol. Kita menjangka kesan yang sama untuk tahun 2011( tahun *2011 merupakan satu jangkaan)

Harga makanan di Malaysia naik dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga makanan seluruh dunia sepanjang empat bulan pertama tahun 2011. Perbandingan antara Indeks Harga Pengguna (CPI) yang dilaporkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (United Nation's Food and Agricultural Organisation [FAO] ) dengan statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan ramai rakyat Malaysia bakal terkesan dengan tindakan terburu buru kerajaan merasionalisasi subsidi.

Jan 2011 Feb 2011 Mar 2011 Apr 2011 % kenaikan Jan – Apr

Indeks Harga Pengguna untuk makanan dan minuman tidak beralkohol (sumberBNM) 102.6 103.7 103.7 104.0 1.4%
Indeks Harga Makanan Bulanan
(sumber: FAO)[1]

230.7 237.2 231.0 232.1 0.6%
Jadual 2:

Harga makanan di Malaysia naik dua kali ganda berbanding harga makanan seluruh dunia.

Kami yakin wujudnya kaitan akibat dari penarikan subsidi buat rakyat Malaysia dengan kenaikan harga makanan sebagaimana yang dicatatkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

Alasan kerajaan untuk menarik kembali subsidi kerana ianya meringankan beban defisit belanjawan ternyata lemah. Jelasnya rakyat yang terkesan akibat dari program rasionalisasi tersebut sedangkan pembaziran serta ketirisan yang mengakibatkan defisit tidak pula diatasi sesegera mungkin.

Rakyat mulai muak dengan tatakelola ekonomi yang lemah oleh Barisan Nasional apabila mereka terpaksa menanggung derita sedangkan kroni dan mereka yang dekat dengan pemerintah mendapat keuntungan yang bukan sedikit malah tidak pula dihukum.

Pakatan Rakyat telah merangka langkah yang jelas dan beriltizam untuk mengurangkan defisit belanjawan negara serta berusaha memastikan upaya itu tidak membebankan rakyat sebagaimana yang terkandung dalam Buku Jingga.

Langkah ini termasuklah menarik kembali subsidi korporat yang berjumlah 19billion yang diberikan kepada elit serta syarikat yang dekat dengan pemerintah termasuklah syarikat Pengeluar Tenaga Bebas/Swasta (IPP). Kita juga akan berusaha menghapuskan rasuah yang telah merugikan kerajaan persekutuan sekitar RM 28 billion setiap tahun( kesimpulan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara pada dari tahun 2008)

Pada kadar kenaikan harga makanan, dijangka pada akhir tahun 2011, rakyat terpaksa membayar 30% lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding pada tahun 2005. Sepanjang enam tahun tersebut harga makanan telah naik sebanyak 30% sedangkan kenaikan upah di negara ini puratanya sekitar 2.6% dari tahun 2001 sehinggga tahun 2010.

Pakatan Rakyat akan jelaskan kepada rakyat bahawa memilih Barisan Nasional, adalah memilih penyelewengan pengurusan ekonomi dan kenaikan harga makanan.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
20 MEI 2011


Dipetik daripada blog Datuk Seri Anwar Ibrahim

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved