Jumaat, 20 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tragedi menyayat hati

Posted: 19 May 2011 05:00 PM PDT

Tragedi menyayat hati PUCHONG – Seorang pembonceng wanita maut dalam keadaan menyayat hati dengan isi kepalanya hampir terkeluar apabila motosikal dinaiki terbabas di Lebuh Puteri berhadapan pasaraya terkenal di Bandar Puteri, malam kelmarin.

Difahamkan, penunggang motosikal jenis Kawasaki yang membawa mangsa turut cedera parah di bahagian tangan dan kaki, namun sempat dikejarkan ke hospital.

Jurucakap Polis Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 malam membabitkan sebuah kenderaan yang belum dapat dipastikan jenisnya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa merupakan warga Indonesia dikatakan baru pulang dari tempat kerja di Bandar Puteri menuju ke Batu 7, Jalan Puchong.

"Siasatan awal mendapati motosikal ditunggangi mereka dipercayai dihimpit sebuah kenderaan lain sehingga gagal dikawal.

"Motosikal itu terjatuh dan terseret beberapa meter sebelum melanggar pembahagi jalan," katanya.

Beliau berkata, pembonceng dikenali dengan nama Rosida, 28, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian manakala rakannya yang mengalami cedera parah sempat dikejarkan ke hospital oleh ambulan yang tiba di tempat kejadian beberapa minit selepas dihubungi orang ramai yang menyaksikannya.

"Saya menggesa saksi yang melihat kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-89422222," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved