Jumaat, 20 Mei 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bayi maut tersedak susu

Posted: 19 May 2011 05:00 PM PDT

Bayi maut tersedak susu TUMPAT – Seorang bayi lelaki berusia 14 hari maut akibat tersedak susu dalam kejadian di rumahnya di Kampung Kutan Hulu dekat sini, awal pagi semalam.

Muhamad Nasrul Nizam Mazalan disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan di Hospital Tumpat kira-kira jam 6 pagi selepas mangsa dihantar keluarganya untuk mendapatkan rawatan.

Ibu mangsa, Wan Mariah Wan Abdullah, 39, berkata, anak lelaki tunggalnya itu dilahirkan sihat, namun di hari kejadian dia meragam dan kerap menangis.

"Malam kejadian anak saya itu kuat menangis dan selepas itu tertidur semula. Anak ketiga saya ini minum susu botol, selalunya dia kuat menyusu tetapi semalam tidak mahu minum walaupun saya cuba memberi beberapa kali," katanya.

Menurutnya, kali terakhir anaknya minum susu kira-kira jam 11 malam, tetapi selepas itu dia muntah.

"Saya tidak lihat tanda-tanda yang pelik disebabkan itu saya hanya sapu minyak di badannya sahaja sehingga dia tidur semula tetapi pada jam 1 pagi dia menangis dengan kuat secara tiba-tiba," katanya.

Menurutnya, dia hanya menyedari anaknya dalam keadaan lemah kira- kira jam 5.30 pagi selepas tersedar dari tidur.

"Masa bangun dari tidur, saya lihat tidak ada sebarang kesan kebiruan, cuma dia lembik sangat dan tidak bermaya. Melihat keadaan itu saya dan suami terus membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Ketika dibawa ke hospital, dia masih bernyawa tetapi sebaik sahaja sampai di hospital, doktor sahkan anak saya meninggal dunia semasa dalam perjalanan lagi," katanya.

Menurutnya, dia amat sedih dengan pemergian anak lelaki tunggalnya itu, kelahirannya ditunggu-tunggu kerana dua anaknya yang berusia lima dan dua tahun adalah perempuan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Supritendan Sharifuddin Yusof berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan diberi minum susu botol kira-kira jam 9 malam.

Beliau berkata, selepas beberapa minit kemudian bayi tersebut mengalami muntah-muntah sebelum dia tertidur semula.

"Ibu mangsa yang tersedar kira-kira jam 5.30 pagi, mendapati anaknya tidak bergerak dan bernafas. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tumpat untuk pemeriksaan dan mengenal pasti punca kematian," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sharifuddin berkata, mayat bayi berkenaan kemudian dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Kutan Hulu, selepas bedah siasat selesai dilakukan.

Katanya, hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan bayi itu mati kerana jangkitan kuman selepas dipercayai tersedak susu botol.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan polis mengklafikasikan mangsa mati mengejut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved