Khamis, 19 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Empat lelaki ditahan bersama 68,100 liter petrol dan diesel subsidi

Posted: 18 May 2011 05:00 PM PDT

Empat lelaki ditahan bersama 68,100 liter petrol dan diesel subsidi

BUKIT MERTAJAM - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Seberang Perai Tengah (SPT) menahan empat lelaki dan merampas 68,100 liter petrol dan diesel bernilai RM129,980 di sebuah premis di Bukit Minyak di sini semalam.

Ketua PPDNKK SPT Zainal Yeop Dahari berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 2 petang itu, tiga pemandu lori dan seorang penjaga stor berusia antara 30 dan 40 tahun yang ditahan itu sedang leka memindahkan minyak subsidi dari sebuah lori ke lori lain.

Katanya dalam operasi yang disertai enam pegawai, pihaknya turut merampas empat lori termasuk satu lori tangki yang membawa muatan diesel dan petrol subsidi.

"Keempat-empat lori itu membawa 30,100 liter petrol dan 38,000 diesel bernilai RM129,980 dan minyak berkenaan dipercayai cuba dijual kepada pihak tertentu.

"Kita juga percaya tempat itu dijadikan transit sebelum minyak yang dibawa dipindahkan ke lori lain dan bergerak ke lokasi lain untuk dijual. Namun, kita masih menyiasat sama ada minyak berkenaan cuba diseludup ke Thailand atau pun tidak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zainal berkata, pihaknya menjalankan risikan dan intipan sejak sebulan lepas sebelum menyerbu premis itu kerana mendapati terdapat pergerakan yang mencurigakan.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan pemilik premis.

"Kesemua mereka kini ditahan dan kes disiasat menurut Peraturan 3(3) Perintah Kawalan Bekalan (Penandaan Barang Berjadual) 2006 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, denda sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan terhadap individu yang terlibat manakala bagi syarikat pula, denda tidak lebih RM250,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pas tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan

Posted: 18 May 2011 05:00 PM PDT

Pas tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan

Tindakan ini melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan. Apakah tugas kerajaan hanya menaikkan cukai sahaja, sedangkan kualiti hidup rakyat semakin teruk seperti perkhidmatan awam yang tidak pernah selesai, subsidi gula, minyak dipotong menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan.

Pas bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.

Alasan Datuk Seri Najib yang mangatakan cukai pendapatan akan dikurangkan apabila kerajaan melaksanakan GST. Ini alasan Pak Pandir untuk melindungi kebebalan kerajaan yang tidak kreatif dan inovatif untuk menjana pendapatan negara akibat daripada rasuah dan pembaziran yang melampau.

Apakah Datuk Seri Najib tidak terfikir hanya 2 juta rakyat negara ini yang layak membayar cukai. Bagaimana manfaat yang didapati oleh majoriti rakyat, terutama rakyat miskin yang tidak membayar cukai. Maknanya manfaat pengurangan cukai hanya kepada pembayar cukai, sedangkan GST semua terbeban kerana tidak ada pengecualian ketika membeli barang keperluan.

Tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5% kepada 6%. Setiap pemegang kad kredit wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad.
Pas menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji. Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat.

Dipetik daripada blog Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved