Khamis, 19 Mei 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kastam Perak tumpas cubaan seludup keretek bernilai RM140,000

Posted: 18 May 2011 05:00 PM PDT

Kastam Perak tumpas cubaan seludup keretek bernilai RM140,000

LUMUT - Bahagian Penguatkuasaan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Perak menumpas dua cubaan menyeludup masuk rokok keretek bernilai kira-kira RM140,000 dalam dua serbuan berasingan pada 12 Mei dan semalam.

Timbalan Pengarah KDRM Perak, Abdul Latif Abdul Kadir berkata, cukai bagi rokok-rokok keretek berkenaan bernilai hampir RM400,000.

Menurutnya, berkata kes pertama pada 12 Mei membabitkan penahanan sebuah van di Jalan Sabak Bernam-Hutan Melintang.

"Sebanyak 26 guni rokok keretek jenama Surya, tiga guni Nusantara dan dua guni Nusantara Hijau bernilai kira-kira RM45,000 dijumpai dalam van yang ditinggalkan pemandunya selepas ternampak pasukan berkenaan," katanya di pejabat Cawangan Penguatkuasaan KDRM Kampung Acheh, hari ini.

Dalam kes kedua, sepasukan anggota penguatkuasa menyerbu sebuah jeti pendaratan ikan di Sungai Tiang, Selangor pada kira-kira 4.00 pagi semalam.

Menurutnya, sebanyak 70 guni rokok keretek pelbagai jenama bernilai kira-kira RM95,000 dirampas dari sebuah bot pancung yang mendarat di jeti berkenaan

"Bagaimanapun beberapa orang lelaki yang berada di dalam bot berkenaan sempat melarikan diri dan usaha mengesan mereka gagal kerana keadaan gelap," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pendaftar Pertubuhan ugut batalkan KEADILAN!

Posted: 18 May 2011 05:00 PM PDT

Pendaftar Pertubuhan ugut batalkan KEADILAN!

Parti Keadilan Rakyat telah menerima notis bertarikh 9 Mei 2011 ditandatangani oleh Dato' Abdul Rahman Othman, di bawah Kementerian Dalam Negeri di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN selepas 9 Jun 2011.

Notis telah dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung. Notis menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatalkan selepas 9 Jun 2011 melainkan parti menyatakan sebab mengapa ia tidak wajar dibatalkan. Dakwaan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis adalah seperti berikut:

"Telah sengaja melanggar Fasal 32.2.1 ( sic ) Undang-Undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian Rajagopal (sic) a/l Andaikallam pada 1/4/2009 ( sic ) dan 27/4/2009 tanpa terlebih dahulu disoalsiasat dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin"

KEADILAN menganggap notis ini bermotifkan politik dan berniat jahat. Ini adalah tindakan terdesak UMNO-BN yang kini menggunakan undang-undang menindas seperti Akta Pertubuhan 1966 untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN dengan asas yang dangkal dan jahat.

Notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 13 ini bermakna pihak Pendaftar Pertubuhan telah "berpuashati' dengan dakwaan yang dilemparkan. Namun dakwaan karut ini jelas mengelirukan kerana Fasal 32.2.1 langsung tidak wujud di dalam perlembagaan KEADILAN. Walaupun ianya kesilapan ejaan, Fasal 32 tidak langsung berkaitan dengan isu disiplin dan Lembaga Disiplin.

Pihak Pendaftar Pertubuhan turut melakukan kesalahan kerana rekod parti menunjukkan bahawa nama individu yang dinyatakan sebenarnya adalah Jayagopal a/l Andaikallam (No KP 520929-02-5709) dan bukannya Rajagopal a/l Andaikallam.

Tarikh pemecatan beliau dari parti adalah pada 27 April 2009 dan diputuskan dalam Majlis Pimpinan Pusat pada tarikh tersebut. Kami terkejut dengan dakwaan pihak Pendaftar Pertubuhan kerana bagaimana individu ini boleh dipecat sebanyak dua kali.

Dakwaan dan campurtangan Pendaftar Pertubuhan dalam masalah dalaman parti ini ternyata sangat tidak berasas dan tidak adil. Perkara tentang disiplin dan prosedur berkaitannya adalah sepenuhnya masalah dalaman parti.

Setiausaha Agung Keadilan , Saifuddin Nasution Ismail

Dipetik daripada blog Kerajaan Rakyat

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved