SH |
Posted: 16 Sep 2011 05:00 PM PDT 'Tidak cadang
masuk campur'
SHAH ALAM - Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) awal Ogos lalu diharap berlandaskan profesionalisme tugas, kata Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
Katanya, beliau tidak bercadang mengulas lanjut mengenai isu tersebut sehinggalah laporan tersebut yang telah siap sepenuhnya seperti diumum Pengarah Jais, Marzuki Hussin, kelmarin diserahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam tempoh terdekat ini. "Saya harap tindakan diambil (oleh Jais) itu memang mengikut garis profesionalisme dan saya tidak bercadang untuk masuk campur hal itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Anti Zina Siri 4 di Masjid Negeri, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan pemeriksaan DUMC yang telahpun disiapkan Jais. Hasan berkata, beliau tidak melihat secara terperinci mengenai laporan tersebut dan tidak mahu mengulas lanjut mengenainya. "Saya tidak lihat dengan terperinci laporan itu untuk bersetuju atau sebaliknya. Saya kena bincang dengan Pengarah Jais, bahagian penguat kuasa bahagian undang-undang untuk saya komen tentang perkara itu," katanya. Kelmarin, Pengarah Jais, Marzuki Hussin pada satu sidang berkata, laporan lengkap mengenai isu itu akan diserahkan kepada Abdul Khalid Ibrahim yang pulang dari lawatan kerjanya di Jerman semalam. Marzuki juga mengesahkan sebutan kes tersebut akan dilakukan di Mahkamah Syariah Shah Alam Isnin ini namun tiada sebarang perincian dibuat sama ada akan terdapat pendakwaan terhadap pihak yang terlibat dalam pemeriksaan tersebut. Hasan sebelum ini mempertahankan tindakan Jais dan siasatan awal mendapati pihak terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Selangor 1995, selain terdapat bukti-bukti berlaku kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut Islam di premis yang dikatakan gereja itu. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan