SH |
Bukti kerajaan ikut kehendak rakyat Posted: 16 Sep 2011 05:00 PM PDT Bukti kerajaan ikut kehendak rakyat
KUALA LIPIS - Ketua Pemuda Umno Negeri, Abu Jimi Samat menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah tindakan tepat selaras dengan kehendak rakyat.
Menurutnya, keputusan untuk memansuhkan akta yang menjadi benteng terakhir kepada keamanan negara itu juga membuktikan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) berjaya melakukan transformasi selaras dengan kehendak rakyat. Beliau berkata, hakikatnya negara masih memerlukan akta seperti ISA, namun ia mesti sesuai dengan keadaan semasa. "Satu akta baru bagi menentang keganasan perlu diwujudkan kerajaan bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara terus terpelihara selepas ISA dihapuskan. Kita menyambut baik hasrat kerajaan untuk membentangkan dua rang undang-undang berkaitan antikeganasan dan Keselamatan Negara pada sidang Parlimen 3 Oktober ini. "Penggubalan akta baru mesti mengambil kira hak asasi manusia serta perundangan berkenaan haruslah lebih mengutamakan kepentingan orang ramai dan bukannya individu tertentu," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam. Abu Jimi yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Lipis turut menyangkal dakwaan bahawa pemansuhan ISA termasuk pindaan berkaitan Akta Mesin Cetak menunjukkan kerajaan tunduk kepada tekanan pembangkang. "Pembangkang tidak boleh menyatakan bahawa ini perjuangan mereka. Pemansuhan akta ISA menunjukkan bahawa kerajaan sedia melaksana Transformasi 1Malaysia yang mana suara rakyat akan didahulukan. "Kita berharap golongan belia iaitu tulang belakang negara tidak cepat melatah dengan perubahan yang dilakukan oleh pemimpin negara dan sentiasa menyokong hasrat murni kerajaan dalam usaha mengekalkan keamanan negara," katanya. |
Posted: 16 Sep 2011 05:00 PM PDT Bukti kerajaan ikut kehendak rakyat

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan