SH |
Transit seludup bahan api diserbu Posted: 16 Sep 2011 05:00 PM PDT Transit seludup bahan api diserbu
KOTA BHARU - Kegiatan penyeludupan dengan menggunakan bekas tempat pembuatan batik sebagai transit tumpas apabila sekumpulan pegawai penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri berjaya menyita 2,000 liter minyak petrol dengan rampasan keseluruhan bernilai RM120,000. Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Wan Suhaimi Wan Ibrahim berkata, pihaknya melakukan serbuan ke atas sebuah stor atau gudang penyimpanan bahan api yang disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan petrol dan diesel ke negara Thailand. Menurutnya, serbuan dilakukan ke atas sebuah gudang ditutup dengan dinding zink dipercayai bekas tempat pembuatan kain batik Kelantan di Kampung Menjual, Kampung Kubang Batang Cabang Empat, Tumpat dan terletak di lokasi tersorok itu juga digunakan sebagai transit atau tempat penyedutan bahan api dari bekas yang dibuat daripada besi dalam kenderaan-kenderaan tertentu. "Sebelum serbuan dilakukan pihak kita melakukan risikan dan intipan sejak beberapa hari bagi mengumpulkan maklumat serta bahan bukti aktiviti penyorotan atau penyimpanan sementara bahan api minyak petrol di dalam gudang tersebut," katanya. Dalam operasi yang diketuai Penolong Pegawai Penguat kuasa A'ala Shah dan Penolong Pegawai Penguat kuasa Ghazali dengan kerjasama pihak Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor seramai empat orang itu juga mendapati kenderaan penyeludup dikenal pasti yang melalui laluan masuk ke kampung itu menuju ke gudang tersebut. "Keadaan jalan kampung yang agak sempit dan membahayakan bagi lain-lain kenderaan yang berselisih menjadikan aktiviti mereka agak bebas bergerak di gudang tersorok dari pandangan umum ini," katanya. Wan Suhaimi berkata, pemeriksaan berjaya menemui 73 tong berisi minyak petrol, lima kenderaan di dalam gudang tersebut iaitu dua Proton Iswara Aeroback, satu Proton Gen-2, sebuah van Ford Spectron dan sebuah lori Isuzu yang mempunyai bekas besi berbentuk tangki berfungsi sebagai 'pengutip' manakala van dan lori untuk penghantaran tong-tong diisi minyak ke pengkalan tepi Sungai Golok. Wan Suhaimi berkata, modus operandinya adalah kenderaan yang diletakkan bekas berbentuk tangki akan membeli minyak petrol dari stesen-stesen minyak sekitar Tumpat dan Kota Bharu dan setelah penuh kenderaan tersebut akan masuk ke gudang tadi untuk proses penyedutan dan pemindahan ke dalam tong-tong plastik atau' jerry can'. "Setelah selesai proses ini, kenderaan tersebut akan bergerak semula membeli minyak petrol dari stesen minyak dan aktiviti ini akan terus menerus sehinggalah malam. "Tong-tong plastik yang berisi minyak petrol itu akan dihimpunkan di dalam stor ini sehinggalah malam sebelum kenderaan lain iaitu van dan lori akan membawanya pada waktu malam juga ke pengkalan haram di sekitar Pengkalan Kubor iaitu sepanjang Sungai Golok," katanya. Menurutnya, motobot akan sedia menanti ketibaan kenderaan terbabit dan kemudiannya tong-tong berisi minyak petrol dipindahkan dengan cepat sebelum ia bergerak pantas ke Thailand. Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-peraturan Bekalan 1974. Pertuduhan dibuat bersama dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. |
Posted: 16 Sep 2011 05:00 PM PDT Transit seludup bahan api diserbu

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan