SH |
Adun minta Sinar Harian kekal konsep Posted: 16 Sep 2011 05:00 PM PDT Adun minta Sinar Harian kekal konsep
MENGABANG KAPAL – Sebagai sebuah akhbar komuniti, Sinar Harian perlu mengekalkan konsep komuniti yang menjadi prinsip utama mereka dengan memperbanyakkan berita yang boleh memberi peluang kepada penduduk kampung.
Adun Batu Rakit, Khazan Che Mat berkata demikian pada majlis sambutan hari raya Aidilfitri di Asrama Darul Akhyar, Mengabang Kapal, Batu Rakit sempena konvoi Sinar Harian Terengganu. "Jika dilihat situasi hari ini, kebanyakan berita yang disiarkan oleh Sinar Harian akan menjadi tumpuan utama pada hari keesokkannya jika berlaku sesuatu peristiwa besar di kawasan setempat. "Sehubungan itu, apa yang diharapkan Sinar Harian dapat terus mengekalkan konsepnya iaitu telus dan tulus sepanjang masa," katanya. Sementara itu, kehadiran konvoi Sinar Harian Terengganu ke Asrama Kebajikan Anak Yatim/Fakir Miskin Darul Akhyar menceriakan lebih 100 penghuni asrama tersebut selain 30 pelatih dari Pusat Latihan Dalam Komuniti (PDK) Batu Rakit. Program konvoi Sinar Harian Terengganu ke Setiu adalah destinasi yang keenam selepas Kuala Terengganu dalam usaha untuk mendekati komuniti dengan warga kerja Sinar Harian. Menurut Penolong Editor Sinar Harian Terengganu, Wan Suryana Ton Mohamad, program yang berlangsung ini adalah kesinambungan daripada beberapa aktiviti yang telah dirancang khusus oleh pihak pengurusan. "Peranan akhbar Sinar Harian merupakan wadah utama kepada masyarakat dan melalui pendekatan yang dilaksanakan kita percaya lebih ramai pembaca baru akan menjadikan akhbar Sinar Harian sebagai bahan bacaan mereka. "Apa yang penting matlamat kita untuk menjadi penghubung kepada masyarakat tercapai supaya suara rakyat terus terbela dan mendapat perhatian daripada pihak yang berkenaan," katanya. |
Posted: 16 Sep 2011 05:00 PM PDT Adun minta Sinar Harian kekal konsep

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan