Sabtu, 17 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Doa ayah agar Adi sembuh

Posted: 16 Sep 2011 05:00 PM PDT

Doa ayah agar Adi sembuh JOHOR BAHRU – Jika dahulu Mohd Adi Alfam Benny Karmilan seorang kanak-kanak periang dan aktif, namun kini semuanya jauh berbeza.

Tanggal Mei 2010 menjadi titik hitam apabila Mohd Adi Alfam, 13, disahkan menghidap penyakit urat saraf atau penyakit Subacute sclerosing panencephalitis (SSPE).

Kini, Mohd Adi Alfam yang sebelumnya aktif menyandang jawatan Ketua Pengakap di Sekolah Kebangsaan Foon Yew, Johor Bahru, hanya mampu terlantar tanpa suara dan reaksi.

Menurut bapanya, Benny Karmilan Abdul Wahab, 36, Mohd Adi Alfam tidak mampu berbuat apa-apa biarpun mengangkat tangannya.

"Saya tidak menduga Adi menderita penyakit SSPE kerana sebelum ini tiada tanda-tanda drastik cuma Mei tahun lalu, dia jatuh dan separa sedar. Ketika itu saya sangka dia terkena sawan.

"Sebelum sakit, dia anak yang aktif dan suka bersukan," katanya.

Benny Karmilan berkata, Mohd Adi Alfam tidak mampu menunjukkan sebarang aksi atau respons sama ada ketawa, menangis atau bercakap dan kerap diserang kekejangan tanpa mengira masa.

Hanya ibu tirinya, Munaila Kiprawih, 24, yang mampu mengetahui kehendak anak ketiga daripada empat beradik itu.

"Hanya mak dia yang tahu sama ada dia mahu air atau keperluan lain, kerana ibunya sentiasa bersamanya bagi menyediakan keperluan harian," katanya.

Munaila berkata, menjadi ibu tiri dengan keadaan Adi yang sakit, dianggap sebagai dugaan dalam perkahwinannya.

"Saya anggap ini dugaan ALLAH SWT, memang ia cabaran besar buat saya. Namun saya tidak berputus asa melihat Adi kembali sihat," katanya.

Benny Karmilan berkata, setiap minggu beliau akan membawa Mohd Adi Alfam ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan dengan kos ubatan yang dibiayai oleh penderma RM700 sebulan.

Beliau yang bekerja sebagai peniaga makanan berkata, keperluan lampin pakai buang anaknya memerlukan belanja besar kerana guna tiga helai sehari.

Bagaimanapun apa yang diharapkan Benny Karmilan sekeluarga kini agar Mohd Adi Alfam pulih dan meneruskan persekolahannya yang tertangguh.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved