SH |
Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT Hospital Bahagia gempar
IPOH – Wad Perempuan Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) gempar seketika apabila salah seorang daripada pesakitnya maut selepas diserang seorang lagi pesakit di wad yang sama, awal pagi semalam.
Mangsa, Kong Ooi Koon, 33, maut di wad berkenaan selepas diserang seorang wanita warganegara Kemboja yang dipercayai turut mengalami masalah mental dalam kejadian yang berlaku antara kira-kira jam 4 pagi itu. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superintendan Azisman Alias berkata, setakat ini pihaknya masih menyiasat punca kematian mangsa. "Siasatan awal mendapati mangsa ditempatkan ke hospital berkenaan sejak 15 September lalu manakala suspek baru sahaja dimasukkan kelmarin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Sementara itu, menurut saksi yang enggan dikenali berkata dia mendengar jeritan mangsa lebih kurang jam 3 pagi dan ketika itu kebanyakan pesakit sedang tidur. "Bagaimanapun, mangsa gagal untuk diselamatkan kerana suspek bertindak agresif menyerangnya (mangsa) menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya. Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian pesakit mental yang malang itu. Sinar Harian difahamkan suspek warganegara Kemboja kini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan