Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT Siasat sumber rakaman
KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK), menggesa polis menyiasat sumber rakaman video didakwa, memaparkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki lif pangsapuri, tempat Ketua Pembangkang itu melakukan hubungan seks.
|
Tuntutan itu dibuat melalui laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, susulan penyebaran klip video tersebut di http://www.papagomo.com, sebelum dimuat turun di Youtube dan ditayangkan di televisyen, kelmarin. Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata, sedutan klip video tersebut menyiarkan 'rakaman eksklusif' menunjukkan dua lelaki didakwa ahli perniagaan, Datuk Eskay Shazryl Abdullah dan Anwar masuk dan keluar lif di apartmen Ampang, Selangor, bertarikh 13 Januari 2011. "Ia juga bersifat ancaman apabila dalam laman sesawang dan video berkenaan menyatakan akan ada video susulan," katanya, semalam. "Pada 5 April lalu, kita sudah buat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung video berkenaan. Kita mahu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim beri penjelasan mengenai hasil siasatan berkenaan," katanya. AMK juga menuntut mana-mana Ketua Pemuda Umno tampil membuat penafian. Tuntutan juga mendesak Datuk Eskay; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Andul Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim, segera membuat kenyataan sama ada mereka tahu atau tidak, bagaimana video terbabit sampai ke 'tangan' Papa Gomo dan disebarkan secara meluas. |
Penganggur berhadapan gantung sampai mati Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT Penganggur berhadapan gantung sampai mati
KUALA TERENGGANU- Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan mengedar dadah jenis methamphetamine dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Tertuduh, Mohammad Noor Muda @ Mohd, 25, dari kampung Padang Palas, Kuala Bekah, Kuala Terengganu didakwa mengedar 728 gram methamphetamine pa-da 6 September lalu, kira-kira jam 6.15 petang di kampung Padang Palas, Kuala Bekah, Kuala Terengganu. Dengan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama. Pertuduhan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Masriwani Mahmud @ Mamat di hadapan Majistret Noradila Ab Latif. Noradila seterusnya menetapkan 14 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia. Sebelum ini, Sinar Harian menyiarkan polis Terengganu berjaya menumpaskan 'otai' dipercayai dalang sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif di Kuala Terengganu dan Marang hasil serbuan dilakukan di sebuah rumah dipercayai rumah milik suspek. Serbuan dilakukan, rentetan penangkapan suspek di kawasan letak kereta Pasaraya Giant Kuala Terengganu kira-kira jam 5.22 petang pada hari sama iaitu 6 September lalu. Selepas disoal siasat, polis membuat serbuan di kediamannya dan menemui methamphetamine dengan anggaran nilai RM173,250 yang disorokkan di dalam bilik. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan