Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT Anwar tidak mahu layan
ALOR SETAR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu melayan pendedahan klip video berwarna dalam sebuah blog yang didakwa membabitkan dirinya.
Beliau berkata, blog tersebut menjadi alat parti politik kerajaan untuk menenggelamkan isu penting yang dibangkitkan Pakatan Rakyat (PR). Malah katanya, tindakan terbaru itu adalah usaha blogger terbabit untuk mengaitkannya dengan tuduhan terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti yang pernah didakwa sebelum ini. "Saya tak mahu layan lagi, buat apa kita layan blog yang diperalatkan Umno. Perkara ini sengaja dibangkitkan untuk tutup perkara penting yang kita suarakan seperti ekonomi, kezaliman dan rasuah," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Keadilan Kedah, di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, semalam. Sebuah akhbar semalam menyiarkan pendedahan sebuah blog :Papa Gomo: yang mamaparkan klip video berwarna yang didakwa menunjukkan Anwar memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China. Rakaman berdurasi selama 47 saat itu dimuat naik hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai diperoleh dari pangsapuri berkenaan. Menurutnya, sekiranya blogger berkenaan mahu mempersoalkan aspek moral terhadap dirinya, pengendali blog itu perlu terlebih dahulu memahami apa yang dimaksudkan dengan moral. "Apa Papa Gomo kata soal moral ke? Moral ialah yang berkaitan dengan budi pekerti, minum arak, rasuah, zalim, aibkan atau fitnah orang. Itu barulah moral," katanya. |
Isu pinda Jalur Gemilang tidak pernah dibangkit Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT Isu pinda Jalur Gemilang tidak pernah dibangkit
ALOR SETAR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah bangkitkan isu meminda Jalur Gemilang dalam sebarang mesyuarat Majlis PR.
"Tidak ada seorang pun pemimpin PR bawa isu ini dalam mesyuarat. Itu hanya kenyataan seorang dua sahaja ia dianggap tidak matang untuk dijadikan isu," katanya. Anwar mendakwa, isu PR mahu meminda Jalur Gemilang sengaja dimainkan Umno untuk digambarkan kononnya ia dicadangkan PR. Anwar mengulas laporan sebuah akhbar kelmarin, yang mendedahkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan dalam laman sosial Facebook menegaskan pembangkang akan menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang. Adun DAP itu juga didakwa menolak untuk mengibarkan Jalur Gemilang dalam kawasannya, kerana mendakwa bendera Malaysia kelihatan seperti bendera Barisan Nasional (BN) berbanding Malaysia. Anwar berkata, berikutan itu, pemimpin PR dinasihatkan supaya lebih berhati-hati membuat kenyataan supaya tidak diputarbelitkan media yang dikuasai Umno. "Sebab itu, dalam PR kita perlu berjaga-jaga terhadap media pro-Umno atau puak yang menyokong parti itu, bimbang kenyataan saya diputar belitkan," katanya. Menurutnya, sekiranya kenyataannya disalah tafsir, beliau tidak mempunyai saluran untuk membuat kenyataan balas kerana tidak diberikan kebebasan untuk bersuara. "Sudahlah saya dizalimi nak jawab dalam media pun tak ada ruang yang bebas. Sebab itu, kadang-kadang saya enggan ulas dakwaan tidak berasas, tetapi jika ditanya, saya jawablah," katanya. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan