Isnin, 19 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pantau pusat siber unsur judi

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pantau pusat siber unsur judi WILAYAH SELAYANG – Pihak berkuasa digesa memantau beberapa unit premis rumah kedai di Taman Wilayah Selayang yang didakwa penduduk dijadikan pusat siber berunsur perjudian.

Penduduk, Mohd Sulaiman Yazid, 45, berkata, sebelum ini hanya terdapat dua premis terbabit di dalam satu blok bangunan komersil di kawasan berdekatan kawasan perumahan terbabit.

"Kini terdapat empat pusat siber berunsur perjudian berkenaan. Masalahnya yang selalu datang ke situ pula adalah orang Melayu tidak kira sama ada bujang, sudah berkeluarga, tua atau muda.

"Pernah seorang mangsa yang juga rakan saya sendiri sehingga pokai berhabis duit di situ, anak isteri di rumah tak makan. Mereka datang ke situ ibarat sudah ketagih," katanya.

Dalam pada itu menurutnya, biarpun ada di antara premis terlibat diletakkan nama pusat Internet, tetapi hanya pihak tertentu dibenarkan masuk.

Katanya, dengan keadaan pintu kaca yang gelap, aktiviti dilakukan di sebelah dalam premis itu sangat dicurigai.

Sementara itu, wakil penduduk berhampiran di Taman Desa Bakti yang enggan dikenali berkata, terdapat juga pusat siber berunsur perjudian di kawasan itu.

Katanya, dengan modus operandi sama seperti di Taman Wilayah Selayang, pusat siber berkenaan beroperasi hampir 24 jam.

"Di Desa Bakti belakang bangunan Warta itu siap dengan penjaga meletakkan kerusi meja untuk makan dan minum di situ. Namun, untuk hari raya ini barulah nampak ia ditutup buat beberapa hari," katanya.

Wakil Persatuan Penduduk Taman Sri Murni Fasa 2, Tariq Ashraf Shah Abdullah sebelum ini turut mengakui terdapat beberapa pusat perjudian Internet di kawasan terbabit.

Sinar Harian cuba mengunjungi salah satu pusat siber di kawasan dimaksudkan sebagai pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat Internet, bagi memastikan kesahihan aduan penduduk.

Bagaimanapun penjaga premis memaklumkan kepada penulis talian Internet mengalami masalah.

Seminggu selepas itu, sekali lagi premis sama itu dikunjungi, tetapi kali ini timbul keraguan apabila alasan diberikan penjaga premis, 'tiada khidmat Internet' di situ.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika ditemui bagi mengulas berhubung kewujudan premis terbabit di kawasan berkenaan sebelum ini berkata, aduan penduduk itu sedang dipantau.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved