Isnin, 19 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Dua beradik lemas

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

Dua beradik lemas KUANTAN- Hasrat seorang bapa membawa keluarga bercuti di sini sempena cuti hujung minggu berakhir tragedi apabila dua anak lelakinya ditemui mati lemas dalam kolam mandi resort penginapan mereka di Beserah dekat sini, petang kelmarin.

Lebih memilukan lagi, tragedi yang meragut nyawa dua beradik itu, Mohd Firdaus Samsol, 7, pelajar Sekolah Kebangsaan Lepar Utara 8 dan adiknya Mohd Ridzuan Hakim Samsol, 5, dipercayai berlaku kurang setengah jam selepas keluarga terbabit mendaftar masuk ke resort tersebut.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, bapa mangsa, Samsol Ibrahim dipercayai membawa keluarganya bercuti di Kuantan dan memilih untuk menginap di resort itu.

Menurutnya, mereka tiba dan mendaftar masuk ke resort tersebut kira-kira jam 12.10 pagi.

"10 minit kemudian, penyelia Felda Lepar Utara, Maran itu keluar bilik sambil diikuti dua anaknya (mangsa) manakala isteri, sedang menyusu seorang lagi anak berusia setahun dalam bilik.

"Mangsa dipercayai turun ke dalam kolam tanpa disedari bapa mereka," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kamaruzzaman berkata, kira-kira lima minit kemudian, si bapa keluar dengan menaiki kereta untuk membeli minuman dan kembali 10 minit kemudian.

"Ketika itu dia mendapati kedua-dua anaknya tiada di bilik dan di sekitar resort tersebut lalu keluar untuk mencari.

"Pencariannya berakhir dengan detik memilukan apabila menemui tubuh kedua-dua anak lelakinya itu terdampar di dasar kolam dalam keadaan kaku," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dikeluarkan dari dasar kolam dan kejadian itu dimaklumkan kepada polis dan pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bantuan menyelamat.

"Pembantu perubatan yang tiba bersama sebuah ambulan kira-kira jam 12.55 pagi segera memberikan bantuan bagaimanapun dua beradik itu disahkan sudah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, mayat dua beradik itu kemudiannya dihantar ke HTAA untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut keluarga untuk dibawa pulang ke kampung halaman mereka di Felda Kemayan, Bera bagi urusan pengebumian.

"Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tidak melibatkan unsur jenayah," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved