Isnin, 19 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Hospital Bahagia gempar

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

Hospital Bahagia gempar IPOH – Wad Perempuan Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) gempar seketika apabila salah seorang daripada pesakitnya maut selepas diserang seorang lagi pesakit di wad yang sama, awal pagi semalam.

Mangsa, Kong Ooi Koon, 33, maut di wad berkenaan selepas diserang seorang wanita warganegara Kemboja yang dipercayai turut mengalami masalah mental dalam kejadian yang berlaku antara kira-kira jam 4 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superintendan Azisman Alias berkata, setakat ini pihaknya masih menyiasat punca kematian mangsa.

"Siasatan awal mendapati mangsa ditempatkan ke hospital berkenaan sejak 15 September lalu manakala suspek baru sahaja dimasukkan kelmarin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, menurut saksi yang enggan dikenali berkata dia mendengar jeritan mangsa lebih kurang jam 3 pagi dan ketika itu kebanyakan pesakit sedang tidur.

"Bagaimanapun, mangsa gagal untuk diselamatkan kerana suspek bertindak agresif menyerangnya (mangsa) menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian pesakit mental yang malang itu.

Sinar Harian difahamkan suspek warganegara Kemboja kini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved