Khamis, 11 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Gabem, UiTM anjur konvensyen ekonomi

Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT

Gabem, UiTM anjur konvensyen ekonomi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi selama dua hari bermula 19 Ogos ini di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam.

Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, konvensyen itu sebagai platform kepada masyarakat Melayu dan Bumiputra untuk membincangkan isu serta peluang berkaitan ekonomi, terutama dalam perlaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) dan Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP).

Menurutnya, secara tidak langsung ia dapat mengurang jurang antara peniaga bukan Bumiputera dengan Bumiputera di negara ini, terutama dari segi pendapatan.

"Sesi pembentangan kertas kerja dan forum diterajui tokoh profesional dan terkemuka dalam bidang masing-masing," katanya.

Antara tajuk yang akan dibentangkan, Perpaduan Melayu dalam Konteks 1 Malaysia, Pencapaian Ekonomi Bumiputera dan pelbagai tajuk berkaitan ekonomi.

Rahim berkata, dijangka seramai 5,000 peserta akan menyertai konven-syen itu, dan penyertaan dibuka kepada semua pihak terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), individu serta golongan korporat Melayu dan Bumiputra.

"Konvensyen ini akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, manakala penutupnya oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 20 Ogos ini.

"Ini adalah perhimpunan raksasa ahli ekonomi dan usahawan Bumiputera untuk mencari kaedah penyelesaian dalam meningkatkan pegangan ekuiti kepada 30 peratus men:jelang 2020," katanya.

MAS-AirAsia hapus harga kompetitif

Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT

MAS-AirAsia hapus harga kompetitif

Kerjasama antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia adalah satu langkah positif kerana ia akan menghapuskan harga kompetitif yang tidak rasional, menyediakan ekonomi bidangan, kuasa tawar menawar yang tinggi dan mewujudkan sinergi.

Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata, AirAsia, satu-satunya peserta penerbangan kos rendah Malaysia mempunyai kawalan lebih baik dalam penawaran dan hasil tanpa persaingan daripada Firefly.

"Terdapat peluang tinggi AirAsia mengendalikan laluan, yang sebelum ini hanya eksklusif kepada MAS. Justeru, AirAsia boleh menambahkan laluannya dan mengukuhkan hubu-ngan rangkaiannya," kata bank pelaburan itu dalam nota penyelidikannya.

Syarikat itu mengunjurkan pendapatan: AirAsia meningkat 5.9 peratus dan 13.5 peratus, masing-masing bagi tahun kewangan 2012 dan 2013 manakala MAS diunjur naik masing-masing kepada 50.4 peratus dan 24.9 peratus. -Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved