Khamis, 11 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Amaran keras MBJB

Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT

Amaran keras MBJB JOHOR BAHRU – Amaran keras kepada pemandu yang ingkar mematuhi undang-undang jalan raya kerana mereka ini bakal dikenakan tindakan lebih tegas.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tidak akan berkompromi dengan individu ini kerana tidak menghormati peruntukan undang-undang dengan meletakkan kenderaan mereka sewenang-wenangnya di bahu jalan sekitar bandar raya.

Datuk Bandaraya, Burhan Amin berkata, MBJB akan menggunakan peruntukan kecil Akta Kerajaan Tempatan menerusi Undang-undang Kecil Mencegah Kekotoran 6 I (g).

"Mereka ini dilihat mengganggu perjalanan lalu lintas kenderaan lain, atas sebab itu kita menunda kenderaan ini kerana beranggapan banyak tempat letak kenderaan disediakan. Namun mereka gemar meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi memudahkan mereka.

"Biarpun penguatkuasaan dilakukan Polis DiRaja Malaysia (trafik), MBJB juga mempunyai kuasa dan sentiasa memantau keadaan ini dari masa ke semasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Kenderaan yang ditunda ini akan dibawa ke stor penyimpanan sementara dan bagi kompaun RM250 dikenakan dengan kos tunda RM180, manakala kos simpan kereta RM15.

Tinjauan Sinar Harian di Jalan Air Molek mendapati lebih 10 kenderaan di letakkan di kiri dan kanan laluan utama itu biarpun papan tanda 'kawasan tunda'.

Penguatkuasa MBJB juga giat menjalankan pemantauan, dan turut menunda beberapa kenderaan yang ditempatkan di situ.

Difahamkan sebanyak dua kenderaan ditunda bagi sepanjang bulan ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved