Khamis, 11 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

5,000 keturunan Myanmar tersenarai

Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT

5,000 keturunan Myanmar tersenarai DUNGUN - Pas Terengganu melalui Jabatan Pilihan Raya parti itu berjaya mengesan ribuan warga asing yang memiliki kad pengenalan difahamkan dikeluarkan di Kedah mendaftar sebagai pengundi di beberapa kawasan di Terengganu.

Pesuruhjayanya, Abdul Wahid Endut berkata, pihaknya berjaya mengesan 5,006 bangsa asing kebanyakannya berketurunan Myanmar didapati tersenarai sebagai pengundi di beberapa kawasan utama di negeri ini.

Beliau berkata, daripada 5006 pengundi terbabit yang berjaya dikesan pihaknya, 1,239 terdapat di kawasan DUN Kijal dan 529 di Air Putih khususnya di Cheneh Baru serta beberapa kawasan lain.

"Kita mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) siasat secara terperinci kemasukan terancang ini, jumlah pengundi asing yang begitu ramai dimasukkan dalam satu-satu DUN dipercayai bagi memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.


Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Sinar Harian hari ini

Berita gembira buat 400 pekerja

Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT

Berita gembira buat 400 pekerja

KUALA LUMPUR- Pengerusi Eksekutif Dawama, Muhamad Luqman Che Harun berjanji akan membayar gaji 12 hari kepada 400 bekas kakitangannya sebelum Aidilfitri.

Menurutnya, janji kepada pekerja itu akan ditunaikan bulan ini, tetapi tidak pasti untuk bulan seterusnya.

Menurutnya, sama ada gaji dibayar atau sebaliknya bulan depan bergantung kepada perkembangan daripada Kementerian Pelajaran serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

"Pekerja perlu mengikuti perkembangan ini melalui Dawama.

"Hari ini , saya menarik notis cuti tanpa gaji diberikan setelah mengambil kira pandangan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam," katanya.

Beliau berkata, semua keputusan membawa masuk pekerja bergantung kepada kontrak dikeluarkan DBP kepada Dawama yang berakhir 2014, bukan tahun ini.

Menurutnya, 400 pekerja ditarik balik notis perlu hadir bertugas sekiranya syarikat mahu mereka berbuat demikian.

Ditanya mengenai hutang Dawama dengan kakita-ngannya, Luqman berkata, "Syarikat berhutang RM177,000 dengan 18 pekerja kerana tidak melakukan tran-saksi sedangkan potongan dilakukan.

"Apa pun, pihak kami sedaya upaya melakukan pembayaran untuk Januari dan Februari.

"Kami berusaha bayar, tetapi disebabkan masalah kewangan, Dawama tidak berbuat demikian untuk April, Mei dan Jun, namun tidak melakukan pemotongan pada slip gaji, sebaliknya menyuruh mereka melakukannya sendiri.

Tinjauan Sinar Harian di pejabat operasi Ulu Klang semalam mendapati pekerja Dawama berasak-asak seawal jam 8.30 pagi untuk mengambil 'nafas untuk hari raya' dan menyerahkan notis diberikan majikan sebelum ini.

Kaunter berkenaan ditutup pada jam 12 tengah hari.

Bekas jurufoto di Unit Kreatif dan Multimedia, Muhammad Ridzuan Ismail, berkata, "Saya menerima mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada jam 5 pagi dari kawannya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved