SH |
Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT Ikut langkah Pusat
KUALA NERUS – Kerajaan Terengganu mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam di negeri ini.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya akan mengikut langkah Kerajaan Pusat kerana ia adalah satu perkara yang baik. "Peruntukan bonus kira-kira RM10 juta bakal diagihkan kepada 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun. "Kita menjalankan tanggungjawab sebagai kerajaan dan mengikut semua yang telah dipersetujui kerajaan pusat," katanya kepada pihak media pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Gemuroh di sini. Beliau mengulas berhubung kenyataan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan pemberian bonus bagi meringankan beban penjawat awam membuat sebagai persediaan menyambut Aidilfitri. Sementara itu, pada majlis berkenaan, 100 dulang berisi lauk-pauk diarak memasuki pekarangan masjid dengan masing-masing menjunjung dulang berkenaan sebagai mengimbau tradisi 'orang lama'. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan