SH |
Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT Peniaga ikan
mati dibunuh
PASIR PUTEH - Seorang peniaga ikan di Tok Bali, di sini maut selepas kepalanya dilibas dengan senjata tajam dipercayai gergaji besi ketika menuntut hutang daripada seorang lelaki yang dikenalinya dalam satu pergaduhan di sini, kelmarin.
Mangsa, Che Hassan Che Noh, 50, yang berasal dari Kuala Besut, Terengganu itu disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Cherang Ruku, beberapa minit selepas terbabit dalam pertengkaran dengan lelaki yang merupakan seorang peraih ikan. Difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4 petang ketika mangsa cuba menuntut hutang lamanya dengan suspek yang berusia 49 tahun. Namun, permintaan mangsa itu langsung tidak diendahkan menyebabkan berlaku pertengkaran mulut antara peniaga ikan tersebut dengan suspek terbabit. Ketua Polis Kelantan, Senior Assisten Komisioner, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, bengang dengan permintaan mangsa, suspek tiba-tiba `naik minyak' sebelum mencapai satu senjata tajam dipercayai sebilah gergaji besi lalu melibas kepala suspek. Beliau berkata, tindakan drastik suspek itu menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak menyebabkan kepalanya cedera parah akibat dilibas dengan gergaji tajam itu yang dipercayai digunakan untuk memotong ketulan ais. "Sebaik melihat mangsa rebah, suspek cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap oleh sepasukan anggota polis dengan bantuan penduduk kampung. "Mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku, namun, disahkan meninggal dunia ketika sedang cuba mendapatkan rawatan," katanya. Menurutnya, suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh untuk siasatan lanjut dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sementara itu, adik mangsa, Che Omar, 46, berkata, dia yang tinggal di Kuala Besut mengetahui tentang kejadian tersebut kira-kira jam 4.30 petang dan terus datang ke Cherang Ruku. "Arwah merupakan abang sulung saya, dan mempunyai empat orang anak dengan isteri pertama dan seorang anak dengan isteri keduanya,'' katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Anis, di sini. Menurutnya, abangnya itu sudah berniaga ikan di Tok Bali lebih daripada 15 tahun dan kejadian ini mengejutkan mereka sekeluarga. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan