Sabtu, 16 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Wanita sarat mengandung maut, suami dan mentua parah dalam kemalangan di Kulim

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Wanita sarat mengandung maut, suami dan mentua parah dalam kemalangan di Kulim

KULIM - Seorang wanita yang sarat mengandung maut manakala suami dan bapa mertuanya parah apabila kederaan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan lori pasir di persimpangan lampu isyarat Taman Selasih, di sini hari ini.

Shalini Mohd Yusof, 26, mati di tempat kejadian manakala suaminya Norhusaini Normadi Hamdan, 26, dan bapa mertuanya Hamdan Abdullah, 61, cedera parah dan dirawat di Hospital Kulim.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu, kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dipandu Norhusaini Normadi dilanggar sebuah lori pasir ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

"Kenderaan yang dinaiki keluarga itu dari arah Taman Selasih berhenti menunggu lampu hijau apabila lori membawa pasir yang dipercayai dipandu laju dari arah Kampung Air Merah membelok ke kiri arah Taman Selasih lalu terbabas dan terbalik menghempap Toyota Hilux berkenaan.

"Kejadian itu menyebabkan pasir yang dibawa lori terbabit tumpah di atas jalan raya lalu menimbus Toyota Hilux itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan yang ditimbusi pasir itu.

Mayat Shalini yang mengandung lapan bulan itu dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. -Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amaran kepada Astro : Atasi gangguan siaran semasa hujan atau hadapi tindakan undang-undang

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Amaran kepada Astro : Atasi gangguan siaran semasa hujan atau hadapi tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR - Atasi segera gangguan siaran semasa hujan atau hadapi tindakan undang-undang, tegas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kepada Astro.

Beliau berkata rungutan rakyat mengenai masalah itu telah dimaklumkan kepada stesen televisyen berbayar itu yang berjanji untuk mengatasi masalah berkenaan.

Rais berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mungkin terpaksa mengambil tindakan 'teknikal' susulan memandangkan masalah itu menyebabkan pelanggan kerugian dari segi minit dan jumlah masa tontonan sedangkan bayaran fi berdasarkan minit siaran.

"Hal ini sedang dikaji oleh Astro dan mereka perlu segera atasinya. Jika berterusan tidak menerima isyarat (semasa siaran) ia merupakan satu ketidakadilan kepada rakyat dan penonton," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program merakyatkan seni budaya anjuran Persatuan Penduduk Ampang
Jaya di Kelab Darul Ehsan di sini hari ini.

Rais berkata antara aspek perundangan yang boleh diambil ialah menilai semula bayaran lesen penyiaran bagi syarikat tersebut.

"Atau pun pihak berkenaan perlu memberikan kelonggaran dari sudut bayaran. Bab itu sedang diteliti oleh penguatkuasa undang-undang," katanya.

Berhubung iklan yang didakwa terlalu banyak ditayangkan Astro, Rais berkata, perkara itu sentiasa diberi perhatian oleh SKMM dan setakat ini jumlah minit iklan yang ditayangkan tidak melebihi jumlah ditetapkan.

Beliau berkata kerajaan tidak menghalang penyiaran iklan di Astro kerana ia berlandaskan kepada syarat dalam lesen. Jumlahnya hendaklah tidak lebih daripada 10 minit bagi setiap jam di setiap saluran.

"Tidaklah benar bahawa mereka langsung tidak dibenarkan menayangkan iklan malah di negara maju juga berlaku perkara serupa di mana mereka hadkan 10 minit bagi setiap sejam rancangan.

"Di Malaysia kita bermula dengan enam ke 10 minit bagi sejam rancangan dan saya yakin pada masa ini SKMM sedang meneliti jumlah minit iklan di Astro agar tidak melebihi had 10 minit yang dibenarkan bagi setiap sejam rancangan," katanya.

Sebelum ini pemantauan SKMM juga menujukkan Astro tidak menayangkan terlalu banyak iklan komersial, malah secara purata masa iklan yang digunakan oleh Astro hanyalah 19 hingga 20 peratus atau 46-50 minit daripada 240 minit masa yang dibenarkan untuk mereka menyiarkan iklan komersial dalam sehari. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved