SH |
Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT Bantah projek lereng bukit
BAYAN LEPAS- Projek yang ditolak sebanyak 11 kali ketika Pulau Pinang dipimpin Barisan Nasional (BN), kini Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) meluluskannya. Itulah antara 'persoalan besar' yang membelenggu penduduk Taman Desaria di Sungai Ara, Bayan Lepas ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Membantah Projek Persatuan Penduduk Desaria (DRRA), K S Yeoh berkata, Kerajaan Negeri yang terdahulu menolak projek perumahan di lereng bukit di kawasan itu berikutan bimbang dengan keselamatan penduduk serta beberapa faktor lain. "Projek itu telah ditolak sebanyak 11 kali oleh Kerajaan BN dahulu kerana khuatir dengan faktor keselamatan penduduk tetapi sebaliknya, Kerajaan DAP Pulau Pinang pula telah meluluskannya pada Disember 2009. "Pemaju projek itu pada asalnya mencadangkan pembinaan 63 rumah jenis semi D di kawasan lereng bukit tetapi tidak diluluskan oleh pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan BN ketika itu," katanya kepada media sebelum satu bantahan aman oleh lebih 20 penduduk taman perumahan itu terhadap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), semalam. Menurutnya, bantahan terhadap projek itu berikutan cadangan pembangunan itu membabitkan tahap kecerunan melebihi 35 darjah di beberapa kawasan, sekali gus melanggar peraturan binaan struktur. "Peraturan binaan struktur menetapkan syarat bahawa pembangunan mesti di atas tanah yang tidak membabitkan ketinggian melebihi 76 meter dan kecerunan tidak melebihi 25 darjah. Bagaimana semua faktor itu boleh diketepikan MPPP dan apa yang lebih mengejutkan, mengapa secara tiba-tiba projek itu diluluskan apabila pemaju mengubah pelan pembinaan rumah dari 63 buah rumah kepada 51 buah rumah? "Mereka tidak memikirkan keselamatan kami yang mendiami kawasan ini. Kami sentiasa dalam keadaan risau setiap kali hujan berikutan khuatir jika tanah atau pasir jatuh. Kami meminta agar perkara ini dipandang serius kerana ia melibatkan keselamatan penduduk di sini, jangan sudah berlaku insiden yang tidak diingini baru nak bertindak," katanya. Menurutnya, kejadian tanah runtuh pernah berlaku beberapa kali di kawasan itu pada tahun 2008 serta tahun lalu terutama apabila hari hujan. "Kita ada buat bantahan secara bertulis berhubung kelulusan projek berkenaan sebelum ini iaitu pada 20 Disember tahun lalu namun sehingga kini, tiada maklum balas yang diterima daripada Lembaga Rayuan MPPP," katanya. Difahamkan, penduduk telah berjumpa dengan ADUN Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim, Disember lalu dan Exco Perumahan negeri, Wong Hon Wai, bulan lalu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan