Sabtu, 16 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Warga emas dibunuh

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Warga emas dibunuh BACHOK – Seorang warga emas berusia 75 tahun ditemui terbunuh di dalam semak berhampiran dipercayai menjadi mangsa amukan pesakit mental berdekatan rumahnya, di Kampung Kemasin, dekat sini, kira-kira jam 3 petang semalam.

Mayat mangsa, Fatimah Salleh ditemui cucunya yang tinggal berhampiran apabila diberitahu suspek sendiri kepada salah seorang cucu mangsa.

Anak mangsa, Faridah Mamat, 39, berkata, tengah hari semalam ketika dia sedang memasak, anaknya pulang ke rumah memberitahu bahawa neneknya terbaring berdekatan rumah suspek.

"Ketika saya datang melihat ibu sudah terbujur kaku tidak bernyawa. Saya lihat arwah banyak cedera di pipi dan lengannya mungkin akibat libasan senjata tajam suspek.

"Suspek yang kami kenali memang mempunyai masalah mental dan baru sahaja dua minggu keluar dari hospital sakit jiwa. Semalam pun dia ada marah anak-anak saya yang panjat pokok di belakang rumahnya dan dia suka membaling senjata tajam," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, laluan di depan rumah suspek yang dikenali sebagai Pak Su Pi atau Saupi Awang Mat, 53, sering digunakan ibunya.

Suspek sebelum ini sering mengamuk dan pernah membakar dua kali rumahnya sehingga tinggal sehelai sepinggang.

Katanya, suspek mempunyai sejarah keturunan sakit mental dan abang suspek juga dikatakan pernah membunuh sepupu arwah Fatimah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kelantan, Superintenden Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 3.30 petang.

"Siasatan awal mendapati berlaku pergelutan di antara suspek dan mangsa dan mungkin melibatkan perselisihan faham di antara keduanya. Pihak kami juga menjumpai senjata yang dipercayai digunakan dalam kes ini.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi kiri, bawah telinga kiri dan pergelangan tangan kiri. Suspek didapati mempunyai rekod dari Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hospital Raja Perempuan Zainab II. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved