Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Dua saudagar emas rugi RM2 juta Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT Dua saudagar
emas rugi RM2 juta
SHAH ALAM – Selepas disapa penjenayah warga Amerika Latin, dua saudagar emas dan berlian kerugian hampir RM2 Juta apabila tiga bagasi berisi barang berharga itu dilarikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lalu. Ketika itu, kedua-dua mangsa dari syarikat berlainan sedang menunggu pesawat, untuk pulang ke Hong Kong selepas menyertai pameran barang kemas dan berlian di Kuala Lumpur. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, mangsa pertama disamun ketika menunggu tiga rakannya ke tandas. Beliau berkata, 40 minit kemudian, mangsa kedua disamun di restoran makanan segera. Mangsa pertama, ditegur dan disapa seorang lelaki dari arah belakang, manakala rakan suspek melarikan dua daripada tiga beg berisi barang berharga bernilai RM257,000 yang diletakkan di dalam troli. "Mangsa kedua ditegur seorang wanita lalu menukar beg berisi barangan berharga RM1.4 juta itu dan menggantikan dengan beg pakaian serta rambut palsu," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam. Mohd Adnan berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis memberkas empat suspek, berumur 25 hingga 50 tahun di pusat membeli belah di Petaling Jaya. Menurutnya, seorang lagi suspek, berumur 32 tahun, diberkas di hadapan restoran di Sunway. Menurutnya, bagaimanapun, tiga beg berisi emas dan berlian itu tidak ditemui. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT Bukan bunuh diri
KUALA LUMPUR – Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, 56, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, 6 April lalu tidak membunuh diri atau dibunuh. Pegawai Cawangan Forensik Bukit Aman, Deputi Superintendan Sharul Othman Mansor, 49, menyatakan pendapat demikian ketika memberi keterangan dalam inkues kematian Ahmad Sarbaini di Mahkamah Koroner di sini, semalam. Menurutnya, dia bersetuju dengan peguam mewakili SPRM Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bahawa hasil pemeriksaan adalah konsisten dengan keadaan seseorang yang jatuh dari tempat tinggi. Dalam keterangannya pada hari pertama inkues, 4 Julai lalu, Sharul berpendapat, Ahmad Sarbaini cuba keluar dari tingkap pantri di aras tiga kemudian cuba melompat ke bumbung di sebelah kiri lalu terjatuh ke aras satu (gelanggang badminton). "Pada pendapat saya, dia keluar dengan perlahan dan senyap kerana dia ditinggalkan berseorangan serta biasa dengan bilik di aras tiga. "Saya percaya dia bukan keluar dalam keadaan tergesa-gesa. Saya setuju bahawa tingkap di sebelah kiri pantri dipilih kerana ia paling dekat dengan bumbung dan singki diperlukan sebagai tempat bertenggek. "Melalui siasatan saya, ini juga bukan kes bunuh," katanya. Menurutnya, dia yakin tiada pergelutan, hanya luka di dahi dan banyak darah daripada hidung dan telinga. "Saya beri pendapat setelah melihat hasil pemeriksaan di tempat kejadian di mana kedudukan mayat lebih kurang satu meter dari bucu tingkap di aras tiga. "Berdasarkan pemeriksaan pada si mati, saya jumpa cat putih, manakala pemeriksaan di pantri, saya jumpa goresan empat sentimeter dan jarak yang nampak dekat antara pantri dengan gelanggang badminton," katanya sewaktu menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Hanim Rashid. Terdahulu, Ketua Unit Alkohol dan Toksikologi, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Mohd Sukri Hassan memaklumkan spesimen air kencing, darah, kandungan isi perut Ahmad Sarbaini, tidak mempunyai kandungan dadah atau racun. Mohd Sukri berkata, walaupun wujud kandungan alkohol, ia adalah disebabkan aktiviti semula jadi. Inkues bersambung semula, 2 Ogos 2011, di Mahkamah Majistret 3, Jalan Duta. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan